♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, November 21, 2016

Seminggu di Kinrara Resort... lagi! Yahoooo!

Bila dapat tahu enche Neezam kena gi outstation kat Kinrara Resort... uiiissshhhh seronoknya!!! Bukan setakat Niesreena dan Naufal jer seronok, mama dan ayah pun rasa seronok dan tak sabar nak ke sana. Seminggu plak tu! Best!

Kitorang check-in hari Sabtu. Ini kali ketiga kitorang kat sini. Memang suka sangat lepak kat sini. Hotel ni sangat cozy dan memang rasa sangat relax.

The best part is kali ni dapat bilik yang betul-betul depan swimming pools. Sebelah kanan kolam dewasa, sebelah kiri kolam kanak-kanak.

Rasa relax jer... Mama dan bebudak relax laa... Ayah kerja... Perah otak. Huhuhu...

Macam biasalah aktiviti Niesreena dan Naufal.

Memasing jadi badak berendam.

Dan ikan duyung... huhuhu...

Anyway... walaupun enche Neezam bermastautin seminggu kat sini. Tapi kitorang pepagi Isnin dah gerak balik ke rumah atas tuntutan kerja dan sekolah. Ayah still bekerja kat sini.

Hopefully... ada rezeki kite lepak kat sini lagi yer...

Belanja video Naufal buat aksi terjun kolam... gaya favorite dia...

No comments :

back to top