♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 5, 2016

Dinner dengan warga FKP @ Avillion Legacy Melaka

Alhamdulillah... malam ni kitorang dapat agak banyak hadiah pada majlis makan malam bersama warga FKP kali ni.

Hahahhaa... jangan terkejut dengan penampilan enche Neezam tu. Memang havoc kan?

Sebab tu kitorang menang kategori family havoc. Hahahhaa... Havoc lah sangat!

Alhamdulillah... tak sia-sia enche Neezam tahan gatal pakai rambut palsu tu. Huhuhu...

Alhamdulillah... selain tu kitorang dapat cabutan bertuah iaitu dapur mudah alih dan tukar-tukar hadiah dapat kipas angin. Enche Neezam sempat beli beras jer untuk tukar-tukar hadiah. Hmmmm... sabar jer lah... Last minit baru cari. Busy sangat katanya...

Wife Dr Kamal kata, kebetulan dia pun memang nak beli beras basmathi untuk dibawa balik ke Indonesia bulan 12 nanti. Huhuhu... Alhamdulillah... Kiranya dapat pada orang yang tepat lah yer?

Niesreena dan kawan sekelas dia, Fisya. Comel jer Niesreena kan... Tinggi telinga kawan dia jer. Hehehehe... Emak Fisya pun pensyarah FKP gak. Seronok diorang dapat jumpa di luar sekolah... Jauh kat Melaka plak tu.

Tahniah pada committee yang telah menjayakan makan malam kali ni. Memang havoc walaupun sederhana. Paling best sebab ramai bawak famili. Bolehlah merapatkan lagi ukhwah. Anak-anak pun seronok dapat ramai kawan-kawan baru.

Petang sebelum tu, ada acara sukaneka untuk anak-anak dan warga FKP. Seronoklah tengok bebudak ni main-main. Yang staff pun nampak happy dengan semangat kerjasama yang tinggi. Enche Neezam handle program petang tu.

Pertandingan mewarna pun ada.

Staff pun kena turut serta dalam acara sukaneka.

Selalu aku tengok students enche Neezam jer yang buat aktiviti ni. Kali ni kiter tengok para pensyarah pulak yang main.

Best aktiviti-aktiviti hari ni. Semua sporting. Bebudak pun seronok.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top