♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 29, 2016

Shellout & lobster berbaloi @

Hase ikan bakar & lobster

Pagi tadi selesai sudah majlis akikah Khairunnazhan, anak buah terkini kami. So, semua adik-beradik enche Neezam berkumpul. Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar. Cuaca sejuk jer sebab gerimis. Makan pun sedap!

Malam tadi, fil open table. Makan kat Hase Ikan Bakar & Lobster di Damansara Damai.

Ni nak promote sikit kat blog aku ni... tak berbayar tau... Huhuhu...

Shellout dan lobster kat sini memang sedap. Dan harganya pun memang berbaloi baloi.

Contohnya set untuk 2 orang makan cuma RM35 siap dengan 2 nasi dan 2 air teh o ais atau sirap. Dan portion dia memang banyak. Ada ketam, mini lobster, pepahat, sotong, udang, kupang dan sayur-sayuran. Compared dengan yang kitorang makan kat Nilai beberapa minggu lepas, harga sama, tapi kat sini memang lebih jauh puas hati.

Owner dia pun friendly!

Slipper lobster masak petai... sedap! Sepinggan RM25.

Tomyam dia pun sedap. Habis semangkuk aku hirup.

Abaikanlah muka den yang sememeh tu yer. Tengah mabuk tapi selera gak makan. Huhuhu...

So korang yang tercari-cari tempat best nak makan shellout dan lobster... Silalah try kat Hase Ikan Bakar & Lobster ni yer. Korang usha lah dulu fb diorang kat https://www.facebook.com/haseikanbakar

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top