♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 28, 2016

Minggu 11 | Morning Evening Sickness

Ramai kengkawan yang tahu. Pada awal-awal kehamilan, aku memang tak mabuk. Langsung! Tapi enche Neezam yang beria-ria mabuk; pening-pening dan muntah-muntah. Huhuhu... Sian betul. Sebab enche Neezam mabuk teruk, barulah aku tahu aku mengandung. Kalau tak memang tak tahu laa...

Tapi... masuk minggu ke 11 ni, aku dah mula rasa loya-loya dan senang sangat nak muntah. Morning sickness tapi bukan pada waktu pagi. Bila lepas asar jer... Tekak dah rasa lain. Loya semacam. Kepala pun mula terasa nyut nyut.

Memula tak nak fikir sangat. Sebab aku memang tak suka muntah-muntah ni. Lebih-lebih lagi bila ada kat office. Segan plak nak muntah-muntah. Tapi memang terasa lain macam sangat. Mulalah nak cari minyak bagai... sapu kat tengkuk, kat kepala. Satu office bau... hahaha...

Beberapa hari lepas, tetiba teringin nak makan filet-o-fish. Pukul 5 lebih baru terasa nak makan. Hmmmm... jap jer masuk perut... Tak sampai 5 minit, semua keluar balik... Uweeekkkk... Memang tak boleh tahan.

Biasanya aku mula mabuk dari lepas asar membawa ke malam. Alhamdulillah... masih mampu bawak kereta balik dari Shah Alam ke Sepang. Standby beg plastik jer kot-kot nak termuntah dalam kereta.

Bila sampai rumah memang tak larat nak buat apa-apa. Kepala rasa berat, mual dan loya. Tak lalu nak makan tapi lapar. Akibatnya... dah lama aku tak check in kat dapur.

Alhamdulillah... nasib baik ada enche Neezam yang sentiasa paham. Kalau tak makan kat luar, enche Neezam tolong sediakan masakan yang senang-senang ajer.

Tak tahulah mabuk ni akan berterusan sampai bila. Harapnya tak lah lama sangat. Apapun... janji baby sihat dan gumbira dalam perut mama... hehehehe...

Salam Jumaat. Jom baca surah al-Kahfi...


No comments :

back to top