♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, October 31, 2016

Bila sekolah tutup tapi mama ayah kerja...

Sekolah tutup... dua hari sempena Deepavali. Mama dan ayah kerja...

Terpaksalah ayah bawah little Khairun ke office.

Duduklah diam-diam kat bilik ayah yer... study sebab nak exams dah.

Petang pun riadah jer lah kat rumah. Insya Allah hujung minggu ni kiter gi jalan jauh sikit.

Itew kaki enche Neezam yer... bukan kakiku...

Sunday, October 30, 2016

Practice! Practice!

Daddy long practice tukar pampers Nazhan... Tahun depan daddy long nak tukar pampers baby daddy long pulak. Hehehehehe...

Saturday, October 29, 2016

Shellout & lobster berbaloi @

Hase ikan bakar & lobster

Pagi tadi selesai sudah majlis akikah Khairunnazhan, anak buah terkini kami. So, semua adik-beradik enche Neezam berkumpul. Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar. Cuaca sejuk jer sebab gerimis. Makan pun sedap!

Malam tadi, fil open table. Makan kat Hase Ikan Bakar & Lobster di Damansara Damai.

Ni nak promote sikit kat blog aku ni... tak berbayar tau... Huhuhu...

Shellout dan lobster kat sini memang sedap. Dan harganya pun memang berbaloi baloi.

Contohnya set untuk 2 orang makan cuma RM35 siap dengan 2 nasi dan 2 air teh o ais atau sirap. Dan portion dia memang banyak. Ada ketam, mini lobster, pepahat, sotong, udang, kupang dan sayur-sayuran. Compared dengan yang kitorang makan kat Nilai beberapa minggu lepas, harga sama, tapi kat sini memang lebih jauh puas hati.

Owner dia pun friendly!

Slipper lobster masak petai... sedap! Sepinggan RM25.

Tomyam dia pun sedap. Habis semangkuk aku hirup.

Abaikanlah muka den yang sememeh tu yer. Tengah mabuk tapi selera gak makan. Huhuhu...

So korang yang tercari-cari tempat best nak makan shellout dan lobster... Silalah try kat Hase Ikan Bakar & Lobster ni yer. Korang usha lah dulu fb diorang kat https://www.facebook.com/haseikanbakar

Friday, October 28, 2016

Minggu 11 | Morning Evening Sickness

Ramai kengkawan yang tahu. Pada awal-awal kehamilan, aku memang tak mabuk. Langsung! Tapi enche Neezam yang beria-ria mabuk; pening-pening dan muntah-muntah. Huhuhu... Sian betul. Sebab enche Neezam mabuk teruk, barulah aku tahu aku mengandung. Kalau tak memang tak tahu laa...

Tapi... masuk minggu ke 11 ni, aku dah mula rasa loya-loya dan senang sangat nak muntah. Morning sickness tapi bukan pada waktu pagi. Bila lepas asar jer... Tekak dah rasa lain. Loya semacam. Kepala pun mula terasa nyut nyut.

Memula tak nak fikir sangat. Sebab aku memang tak suka muntah-muntah ni. Lebih-lebih lagi bila ada kat office. Segan plak nak muntah-muntah. Tapi memang terasa lain macam sangat. Mulalah nak cari minyak bagai... sapu kat tengkuk, kat kepala. Satu office bau... hahaha...

Beberapa hari lepas, tetiba teringin nak makan filet-o-fish. Pukul 5 lebih baru terasa nak makan. Hmmmm... jap jer masuk perut... Tak sampai 5 minit, semua keluar balik... Uweeekkkk... Memang tak boleh tahan.

Biasanya aku mula mabuk dari lepas asar membawa ke malam. Alhamdulillah... masih mampu bawak kereta balik dari Shah Alam ke Sepang. Standby beg plastik jer kot-kot nak termuntah dalam kereta.

Bila sampai rumah memang tak larat nak buat apa-apa. Kepala rasa berat, mual dan loya. Tak lalu nak makan tapi lapar. Akibatnya... dah lama aku tak check in kat dapur.

Alhamdulillah... nasib baik ada enche Neezam yang sentiasa paham. Kalau tak makan kat luar, enche Neezam tolong sediakan masakan yang senang-senang ajer.

Tak tahulah mabuk ni akan berterusan sampai bila. Harapnya tak lah lama sangat. Apapun... janji baby sihat dan gumbira dalam perut mama... hehehehe...

Salam Jumaat. Jom baca surah al-Kahfi...


Tuesday, October 25, 2016

Breakfast bar dah ada 'kawan'

Merata jugak aku dan enche Neezam gi mencari bar stools ni. Tak cukup pusing-pusing kat kedai perabot kat Nilai ni... Kitorang ke Ikea dan Index Living jugak. Bila ada yang berkenan, stok plak tak der.

Akhirnya, patah balik ke Nilai, ambik jugaklah yang paling command ni.

Ok lah... selesa dan murah jer pun.

Bila dah lengkap breakfast bar ni, selamatlah meja makan. Tak der lah setiap pagi lepas breakfast nak kena lap kilat-kilat meja makan kesayangan aku ni. Huhuhu...

Thursday, October 20, 2016

Minggu 10 | Risau menjadi Lega...

Alhamdulillah... sekarang usia kandungan dah masuk 10 minggu.

Pagi tadi buat check up kat KK untuk scan kali kedua. Alhamdulillah... baby membesar mengikut perkembangan semasa.

~Scan terkini; 10 minggu~

Actually hari ni memang rasa berdebar-debar sangat nak gi check up. Sebab masa scan pertama tiga minggu lepas, doktor kata usia kandungan baru 6 minggu 5 hari sedangkan kalau ikut kiraan haid, sepatutnya dah masuk 10 minggu. Tapi masa scan tengok kandungan kecik jer. Mungkin baru 6 minggu.

~Scan 6 minggu~

Doktor kata jangan risau. Tapi deep in my heart, memang risaulah... Sebab masa tak tahu aku pregnant ari tu, aku sakan berzumba, makan kambing, makan durian bagai. Memang takut sangat. Mulalah fikir benda yang bukan-bukan.

Tapi bila dah scan hari ni, baby membesar... dah masuk 10 minggu . In fact doktor kata 'besar 3 hari'. Lega sangat! Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah.

9 Miracle Months... tak sangka aku akan menulis untuk labels ni lagi.

Alhamdulillah... doakan yang baik-baik yer...

Wednesday, October 19, 2016

WW | Chef Ayah

Percaya ke chef ayah yang masak tu?

Tuesday, October 18, 2016

Fruitilicious!

Hari ni sempat ikut kawan sekerja ke tempat kerja lama dia. Dulu dia kerja kat syarikat buah... import export buah-buahan. Ada banyaklah imported fruits kat sana..

Masya Allah... macam semua nak beli. Memang rambang mata! Huhuhu...

Tapi kuatkan iman... belilah jugak empat jenis jer.

Alhamdulillah dapat buah manis-manis. Sedap giler!

Plum hijau tu memula tak tahu itu plum. Ingatkan buat apa. Then orang kedai kasi rasa. Memula rasa cam was-was jer nak cuba sebab nampak macam masam jer. Tapi bila dah try... masya Allah! Sedapnya! Terus ambik sekotak. Harganya agak mahallah... doploh hengget sekotak.

Honey dew sebiji doblas hengget dan pear sekotak lapan hengget. Dua-dua pun manis!

Anggur seedless, manis, rangup dan kulit sangat nipis! Seploh hengget jer.

Sakan makan buah!

Niesreena, Naufal dan enche Neezam pun suka. Berbaloi beli.

Hmmmm... kemain promote lagi kan. Bukan apa... memang sedap. Next time boleh beli lagi!

Monday, October 17, 2016

Amaran keras dari Niesreena!

Tetiba ternampak notis amaran ni kat bilik study.

Amboi! Pandai anak mama eh.

Nampak sangat tuju kat mama dan ayah tu.

Orait... lepas ni mama dan ayah akan fokus mengajar yer.

No handphone!

Saturday, October 15, 2016

Khairuns Little Hanging Garden

Eceh... Garden sangat kan... Hahhaha... Baru ada 4 pot.

Jadilah... sebagai permulaan. Kayuh pelan-pelan... Nanti kiter tambah lagi yer.

Konon-konon nak buat herbs garden. Setakat ni baru ada pokok daun kesum, pokok daun kucai dan daun bawang kat situ. Insya Allah kalau ada rezeki nak tambah lagi; pokok daun selasih ke, pokok cili ke, apa-apa jer lah!

Kitorang gantung kat tembok belakang rumah yang sekangkang kera tu jer.

Hmmm... sambil cuci pinggan nampak lah hijau-hijau sikit kononnya...

Thanks enche Neezam untuk projek kali ni. Saya suka! Saya suka!

y(^-^)y

Thursday, October 13, 2016

Mencapati...

Pagi ni sebelum gi kerja sempat 'mencapati' aka makan capati dengan enche Neezam. Serious sedap capati kat restauran Pak Wan ni... tak cukup 1 set! Huhuhu...

Harga satu set capati dengan sardin RM3 jer; dua keping capati. Kalau capati sahaja sekeping sehinggit sahaja. Ada beberapa jenis kuah yang lain; dal, kari kambing. etc...

Jom try!

Tuesday, October 11, 2016

Harga kabinet dapur

CS Creation Kitchen

السلام عليكم

Memandangkan ada kengkawan yang tinggalkan msg dan pm kat fb untuk mengetahui harga kabinet. Jadi aku nak kongsikan harga kat post kali ni.

(Post kali ni nak ceritakan tentang cost dan detail kabinet. Tak der niat nak menunjuk-nunjuk atau riak ye kengkawan. Sekadar sebagai panduan untuk semua yang masih berkira-kira atau mencari idea untuk pemasangan kabinet dapur. Semoga post kali ni memberi dapat memberi manfaat.)

Total harga kabinet basah dan kering termasuk table top ialah RM18,700.00. Honestly, ada kawan yang komen harga yang aku dapat ni mahal. Ada tempat yang boleh dapat lagi murah. Jauh lagi murah! Tapi... alhamdulillah... dengan perkhidmatan dan hasil kerja yang memuaskan, aku rasa sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Sebelum kitorang ke kedai kabinet ni, kitorang dah gi 3 kedai kabinet yang lain di sekitar Nilai ni. Actually, harganya lebih kurang jer dengan harga yang kitorang dapat ni. Ini bukanlah quotation yang paling mahal kitorang dapat... dan bukanlah yang paling murah antara empat kedai.

Tapi akhirnya, kitorang pilih CS Creation Kitchen sebab dari hari pertama, kitorang dah dapat quotation yang meyakinkan. Printed dan exact price daripada ukuran yang kitorang bagi. Sales girl dia pun friendly dan profesional. Kedai-kedai lain, main conteng-conteng kat kertas dan harga pun harga lebih kurang dan main agak-agak sahaja.

See... first impression is really important!

Dalam masa sehari kitorang survey kedai-kedai kabinet ni, kedai ni adalah kedai yang terakhir yang kitorang pergi. Kitorang tengok diorang punya showroom dan dapatkan khidmat nasihat serba sedikit untuk kabinet dapur serta dapatkan quotation. Pastu aku dan enche Neezam dok bincang dalam kereta, kedai mana yang jadi pilihan hati masing-masing. Nak buat keputusan hari tu jugak. Malas nak tangguh-tangguh. Dan kitorang dua-dua setuju untuk ambik kat CS Creation Kitchen ni.

Terus pergi balik ke kedai buat booking dan set date untuk orang dia datang rumah untuk ukur.

Yang buat kitorang tertarik dengan kedai kabinet ni ialah kitorang bawak ukuran kitorang sendiri, bagitau apa yang kitorang nak, salesgirl dia, budak perempuan Melayu, terus buat drawing dan quotation.

Dan quotation dia tu, terus ada senarai harga dari pelbagai material. So, boleh compare kalau kiter nak material macam mana. Klik gambar untuk besarkan gambar.

Lepas comform booking, beberapa hari kemudian, orang dia datang untuk ukur keluasan kawasan yang nak bina kabinet. Dan kemudian kitorang dipanggil ke kedai dia semula untuk finalize material, warna, patern, etc...

Masa ni ada banyak jugak aku tukar... Nak tambah drawer lah... Nak panjangkan kaunter bar lah... Tapi alhamdulillah... semuanya settle hari tu jugak. Quotation final. Dan kitorang kena bayar 80% daripada harga quotation. Tiga hari sebelum pemasangan, baru bayar balance.

Hasilnya... alhamdulillah... aku dan enche Neezam sangat berpuas hati!

Service bagus.

Hasil kerja halus dan kemas.

After sales service... no need! Sebab tak der benda nak complaint.

Kat bahagian dapur basah ni dulu ada table top yang memang masa beli rumah dah ada. Dapur sebelum, klik sini. Kitorang mintak kedai tolong buang, so kenalah extra charges. Kalau nak murah, boleh cari kontraktor sendiri untuk pecahkan, tapi kitorang tak der masa nak cari kontraktor lain. So, mintak kedai buatkan. Tutup mata jer lah.

Beza kabinet 3G dan 4G

Kitorang gunakan material 3G. Beza dengan 4G, 4G lebih mahal RM2,600.00 sahaja tapi dari segi tahan lasak dan tahan lama, kedai cadangkan guna 3G. Kalau ikut cantik 4G nampak lebih cantik. Tapi sebenarnya 3G dan 4G sebenarnya tak banyak beza pun. Material sama. Cuma 3G ada bingkai besi kat keliling kaca kabinet tu, dan 4G tak der bingkai. Memang lebih cantik. Tapi takut lama-lama hujungnya kalau tak jaga betul-betul boleh sumbing.

So, untuk orang yang cermat, bolehlah guna 4G ni.

Kitorang pakai 3G jer. Sebab aku jenis kasar. Hahahaha... Takut sumbing lepas beberapa tahun. Bayar mahal, nak pakai pun lama.

Warna kabinet pilihan kitorang ialah hitam dan putih. Ini kerana, enche Neezam nak warna putih dan aku nak warna hitam. So, kasi adil, kiter kasi combine itu dua warna.

Untuk table top kitorang guna Quartz Top Prima Nero. Batu quartz warna hitam ada kilat-kilat sikit.

Batu quartz ni, kalau kiter potong ayam atas dia pun tak kan calar punyer. Insya Allah... Harga sekaki ialah RM170.00.

Dalam kabinet, rak biasa jer.

Ini pun kat dapur kering juga. Di sudut lain.

Untuk frosted glass tu kena tambah RM80.00 setiap satu. Manakala harga drawer besar tu plak ialah RM250.00 setiap satu. Kitorang buat 8 drawer besar tu.

Aku suka drawer besar ni. Senang nak ambik barang.

Di bahagian dapur basah pula, table top dah sedia dibina masa kitorang renovate rumah ari tu. So, diorang tinggal pasang kabinet jer.

Kat dapur basah ni pun kitorang pilih untuk gunakan material 3G. Manakala warna beige untuk sesuaikan dengan warna tiles kat dapur tu.

Kat sini jugak kitorang ada pasang dua rak untuk simpan kuali dan periuk belanga. Harga setiap satu ialah RM140.00.

Rak botol bawah ni pulak diorang bagi free.

Alhamdulillah... syukur sangat ke hadrat Allah. Akhirnya diberi kesempatan untuk bina kabinet kat dapur ni. Setelah lama diidamkan. Setelah lama menabung; bertahun-tahun... Dengan sabarnya...

Ini jer yang kitorang mampu. Kalau ikutkan nafsu, macam-macam lagi nak buat. Display kabinet la... Nak letak lampu la... Nak pasang cermin la... Hahahhaha... Nantilah yer... Kiter bagi tabung penuh balik.

Mungkin ada orang kata mahal... tapi kitorang dah buat survey betul-betul dan inilah yang terbaik. Yang penting hasilnya sangat memuaskan hati. Itu lebih penting. Peace of mind!

So, kalau korang nak cari kabinet dapur, aku suggest boleh gi ke CS Creation Kitchen ni. Selain kat Nilai, diorang ada cawangan lain di Seri Kembangan dan Semenyih jugak. Kat Nilai, kedai dia bersebelahan dengan RHB Bank, berdepan dengan Giant.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top