♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, September 26, 2016

Yey! Rumput baru!

Sebelum dan selepas

Alhamdulillah...

Lama tunggu... akhirnya hari ni barulah tokey rumput sempat datang tanam rumput kek rumah den.

Actually... sebelum raya haji ari tu diorang dah siram racun, cuma tak berkesempatan nak tanam rumput jer lagi. Busy gamaknya...

Mati dah hutan kat rumah aku ni.

Semalam Sham Laman Hijau datang menghijaukan semula laman kitorang.

Actually last time pun SLH jugak yang tanam rumput rumah ni. Tapi bila kitorang pindah sekejap beberapa tahun lepas, rumput dah tak terjaga. Terus naik hutan. Sedih betul. Padahal sebelum ni rumput kat laman kitorang ni memang gebu gebas sangat!

Tapi tak perlah... citer lama...

Kali ni kita buka buku baru. Laman baru... ku lihat hijauuuuuu....

Lepas ni jaga betul-betul naaaa...

Pokok bunga yang kitorang tanam dulu tu, apa ntah nama dia, boleh klik sini, kitorang tak tanam lagi dah sebab cepat sangat membiak. Memang cantik tapi lama-lama jadi banyak dan ambik ruang. Nanti kita cari pokok dalam pasu jer lah yer...

Alhamdulillah... memang puas hati dengan perkhidmatan Sham Laman Hijau. Rumputnya memang berkualiti. Rumput yang ditanam ni jenis Taiwan Grass Gred A. Harga.... hmmmm... special untuk kitorang... hahhaha...

Untuk dapatkan perkhidmatan SLH ni, korang boleh gi kat fb dia di

https://www.facebook.com/shamlaman.hijau

atau contact terus Abe Sham ni di 012-368 0272.

Sebut katakunci 'Rumput rumah KM Noor' dan korang akan dapat potongan sehingga 90%!!!

.

.

Hahahahah... acah jer!

.

.

Call lah SLH, Insya Allah korang akan puas hati macam kitorang...

y(^-^)y

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top