♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, September 20, 2016

Macam mana aku tahu aku berbadan dua? Hmmm... jangan tak percaya...

Alhamdulillah... Syukur sangat ke hadrat Allah swt.

Rezeki yang tak dijangka.

Insya Allah... One more Khairuns on the way...

Aku dan enche Neezam memang teruja sangat bila dapat tahu aku mengandung. Dah lama tunggu. Lama sangat! Alhamdulillah, akhirnya Allah kurniakan jugak adik untuk Niesreena dan Naufal. Mungkin inilah masa yang terbaik dan sesuai.

Aku sendiri pun terkejut. Tak sangka sangat. Memang selalu berdoa setiap kali lepas sembahyang. Aku nampak enche Neezam memang bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Tapi aku tak nak lah letak harapan tinggi sangat sebab dah beberapa tahun ni tunggu dan rasa kecewa sangat bila test negatif. Jadi aku tawakal jer lah... Kalau tak der... tak per... kitorang dah ada Niesreena dan Naufal. Tapi kalau ada syukur alhamdulillah... Memang gembira sangat!

Tapi pregnant kali ni aku tak dapat detect langsung.

Kenapa? Sebab aku tak terasa tanda-tanda mengandung langsung. Tak der loya, tak der muntah, tak der pening-pening. Alhamdulillah...

Sehinggalah...

ha ni nak citer... macam mana akhirnya aku tahu aku mengandung. Dan usia kandungan dah masuk 9 minggu.

Actually, enche Neezam ada beberapa kali mengadu sakit kepala sejak dari minggu lepas. Tapi aku tak lah ambik serius sangat sebab tengok enche Neezam pun ok jer. Boleh lagi ngadap handphone. Boleh lagi gi shopping. Huhuhu...

Tetiba subuh semalam, enche Neezam kata tak boleh nak angkat kepala. Sakit kepala yang amat sangat. Enche Neezam kata dia tak boleh nak hantar bebudak gi sekolah dan mungkin terpaksa cancel kelas-kelas hari ni.

Bila dia kata tak boleh hantar bebudak dan nak cancel kelas, aku tahu... ini serius! Lebih-lebih lagi hari ini first class untuk semester baru.

Aku pun cepat-cepat bersiap untuk hantar Niesreena dan Naufal ke sekolah. Solat subuh sementara enche Neezam terbaring atas katil. Masa aku solat subuh, aku dengar enche Neezam bergegas ke toilet dan muntah-muntah. Eeeee... memang beria-ia betul muntahnya... Sian plak...

Habis jer solat... aku tengok enche Neezam... aku cakap "eeeee... macam orang mengandung...".

Tetiba... masa tu laa terdetik... "eh... ntah ntaaaaaaah... ye tak?" sebab sebelum ni pun enche Neezam pernah macam ni. Kalau tak salah masa mengandungkan Naufal. Cumanya enche Neezam mabuk bila dah tahu aku mengadung dan tak lah seteruk ni.

Dan aku pun baru perasan yang aku dah 2 bulan skip period. Tak perasan langsung sebelum ni.

Tengah cari-cari koyok, terjumpa pregnancy test. Terus test... alhamdulilllah... double lines... Seronok yang tak terkata!

Aku bawa pregnancy test ke bilik, aku cakap pada enche Neezam... "patutlah abang macam ni... abang mabuk... morning sickness". Hehehehehe... Aku tunjukkan pregnancy test dengan double line tu pada enche Neezam. Terpancar kegembiraan, kesyukuran dan kesayuan di wajahnya. Bersyukur yang tak terhingga...

Niesreena dan Naufal pun seronok bila tahu nak dapat adik. Niesreena nak adik perempuan, Naufal nak adik lelaki. Macam mana? Huhuhu...

Apa pun jantinanya... kita terima jer lah ye anak-anak... Kiter doalah semoga adik yang bakal tiba ni sihat walafiat dan comel-comel macam Niesreena dan Naufal jugak.

~ Niesreena dan Naufal ~

Malam semalam buat check-up kat klinik. Memang sah aku pregnant nak masuk 9 minggu dah. So, kenalah jaga kesihatan baik-baik.

Enche Neezam pun buat check-up jugak; check tekanan darah... alhamdulillah normal... Memang sah enche Neezam mabuk sebab aku pregnant. Doktor pun gelak jer. Doktor kata, memang pernah dengar kes isteri yang mengandung, suami yang mabuk, tapi tak pernah jumpa depan mata. Ini rare. Hehehehehe...

Bagitau family... tentulah diorang semua happy... Alhamdulillah... bertambah lagi ahli keluarga kitorang...

So... macam tu lah kitorang tahu aku mengandung. Kalau enche Neezam tak mabuk, memang tak tahu lah...

Korang... doakanlah yang baik-baik untuk kitorang ye...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top