♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 14, 2016

Jalan-jalan Johor Bahru... lagi...

Dah lama rasanya tak pergi bercuti. Minggu ni, alang-alang dah cuti panjang, aku ajak enche Neezam berjalan sekejap. Alaaa... bukan ke mana pun; ke Johor Bahru jer.

Memula rancang-rancang nak ke utara. Tapi memikirkan jalan jem nak ke utara dan balik nanti. Eeeee... tak sangguplah... Kiter turun selatan jer lah.

Kitorang gerak dari Segamat awal pagi. Persinggahan pertama ke JPO.

Kiter shopping dulu!

Kebetulan, kat sana, kitorang terjumpa plak dengan kawan masa kat Melbourne dulu; Kamal dan Lindah. Kebetulan betul... Asyik jumpa tengah jalan jer kiter ni. Sebelum ni jumpa kat rnr masa on the way balik dari Kuantan. Huhuhu... Jodoh!

Besar dah anak masing-masing.

Alhamdulillah... tercapai hajat nak cari barang kat sini. Best giler shopping... Rasa release tension!

Hahahhaha...

Niesreena dan Naufal pun kemain seronok. Enche Neezam beli annual passes Legoland. Hmmmm... Lepas ni lagilah kerap kitorang turun JB yer...

Perut dah lapar. Kitorang terus gerak ke Johor Bahru. Nak makan dulu... kitorang ke Sungai Chat. Memang dalam list nak makan kat sini. Yang special kat sini ialah Murtabak Singapore.

Dulu masa dok bercinta masa belajar dulu, kitorang selalulah dating dan makan murtabak kat sini.

Kedai murtabak Sungai Chat ni dekat sangat dengan Istana Bukit Serene. So, lepas makan, kitorang terus gerak ke istana. Doa-doa jugak, harap-harap Sultan Johor jalan-jalan naik kapcai ke kan. Huhuhu... Tak der rezeki... Tangkap gambar dengan pagar istana pun jadilah...

Alhamdulillah... cuaca just nice. Tak panas sangat.

Penat giler, jalan tak berhenti. Kitorang check in hotel sekejap. Rehat-rehat jap.

Tetiba nampak kereta TMJ kat depan hotel. Keter jer lah... orangnya tak nampak pun.

Bebudak ni tak reti penat. Lepas solat, terus terjun pool.

Malam tu pulak, lepas maghrib, kitorang ke Kilang Bateri. Tempat ni baru jer dibuka beberapa tahun lepas. Tempat ni pada asalnya ialah bekas tapak kilang bateri Eveready. Sekarang ni kat sini ada banyak kedai-kedai ala-ala hipster katanya. Makanan pun ada macam-macam jenis.

Kerabu meggi pun ada. Tapi manis giler aaarrrr. Tak sesedap masa makan kat Hatyai dulu. Huhuhu...

Dari kilang bateri kitorang ke Istana Bukit Serene semula. Enche Neezam kata ada persembahan air berirama kat sana. So, kitorang lepaklah beberapa minit kat sana, tengok air menari-nari. Actually, sepatutnya kalau nak tengok persembahan air berirama yang lagi best kat Tasik Merdeka. Tapi tak sampai plak kat sana.

Kat sini pun ramai gak orang. Best jugak.

Seterusnya kitorang gi lepak tepi jalan depan Pejabat Pos Besar JB untuk tengok lampu-lampu atas jalan ni. Jakun betul kan... Kat Nilai tak der. Huhuhu...

Lepak beberapa minit kat sini sebelum kitorang ke Bazar Karat pulak.

Agak panjang jugak bazar karat kat sini. Penat jalan.

Sebelum balik ke hotel, enche Neezam bawa kitorang pekena steamboat kat dataran. Banyak giler lori steamboat kat sini. Petang tadi, enche Neezam ada tanya kat pekerja hotel, lori steamboat mana yang best. Dia kata cuba steamboat Majidee. So, kitorang pun try lah...

Niesreena dan Naufal punyalah penat. Sampai dah tertidur-tidur kat meja makan. So, aku dengan Neezam jer lah yang makan.

Lepas makan, terus straight balik hotel. Penat giler. Kenyang giler. Lenguh giler. Tapi memang puas berjalan. Malam ni, tidur nyenyak giler. Esok kiter sambung jalan lagi...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top