♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, September 1, 2016

Cari bola bowling

Niesreena dan Naufal dah beberapa kali ke kelas bowling. Cikgu bowling diorang advise, kalau nak lebih baik, cari bola bowling sendiri.

Memandangkan Niesreena dan Naufal memang nampak minat sangat dengan sukan bowling ni, so, enche Neezam turutkanlah jugak.

So, semalam kitorang sempat cari bola bowling kat Endah Parade. Ramai suggest cari kat sana sebab harganya lebih murah berbanding kat tempat lain.

Hmmmmm... murah murah pun, beribu gak habis. Ayah diorang nak layan jugak... sukatilah... Asal tak kacau duit mama. Huhuhu...

Dapatlah si Khairuns ni sorang sebijik bola customized, kasut dan beg. Harap bermanfaatlah untuk diorang.

Malam semalam, kitorang sempat lah gi membowling. Dapatlah 3 set sorang. Sakit weh jari. Dah lama tak main.

Niesreena dan Naufal... kejap ok... mostly ke longkaklah... tapi enche Neezam kata diorang semakin baik. Lagipun baru berapa kali kelas jer. Lama-lama pandailah... Insya Allah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top