♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 5, 2016

Niesreena & Naufal 1st Bowling Training

Dah lama enche Neezam bercita-cita nak daftarkan Niesreena dan Naufal ke kelas bowling. Akhirnya hari ni baru berkesempatan.

Mama tak sempat nak ikut ayah untuk hantar Niesreena dan Naufal ke kelas bowling ni sebab mama pun ada function hari ni. Lagipun kelas diorang start pukul 3.30 petang. Memang tak sempatlah...

Aku balik malam tadi Naufal excited cerita kat aku betapa seronoknya pengalaman diorang kat kelas bowling petang tadi. Naufal dapatlah jugak strike sekali dan beberapa kali spare. Waaah... tak sia-sia ayah hantar ke kelas.

Mama dan ayah harap Niesreena dan Naufal dapat tanamkan minat dalam sukan ni. Aku tak harap diorang main professional pun. Tapi at least ada something yang diorang passion about, kan... Tak lah asyik mengadap tab , buku dan lego jer. Huhuhu...

Hmmm... yang tak bestnyer... handset enche Neezam boleh kena curi plak kat sana tadi. Tak per lah... Tak der rezeki. Memang diminta handphone baru lew tew...

Yang pencuri tu pun, first time jadi pencuri ke? Hang curi iphone buat apa? Iphone curi bukan buleh guna pun! Dah locked dah! Menyusahkan hidup orang betullah! Bawak-bawaklah bertaubat yer...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top