♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 6, 2016

Dah 5 tahun rupanya kat sini...

Tiap-tiap tahun company akan buat annual dinner. Biasanya bulan Ogos; bulan Ogos yang sentiasa dinanti-nantikan!

Tahun lepas kitorang celebrate kat Langkawi. Seronok betul! Tiga hari kat Langkawi... all company sponsored. Tahun ni celebrate dekat-dekat jer.

Diam tak diam, dah 5 tahun aku kerja kat sini.

Dulu aku ingatkan nak grab jer kerja apa yang dapat... sementara cari kerja yang lebih baik, yang lebih dekat dengan rumah. Tiba-tiba dah 5 tahun! Huhuhu...

~ From my boss... Sooooo sweet... Thanks so much! ~

So, malam tadi, selain dapat 5 years of service award. Tetiba aku dapat jugak perfect health award. Eh... perfect ker? Huhuhu...

Malam semalam tak dapat pun lucky draw, tapi our beloved boss are so generous to give every staff, 200++ of us, a RM100 AEON voucher. Yey! TQ boss!

Dalam masa 5 tahun ni banyak cabaran yang dilalui. Yang best, yang tak best... Yang gembira, yang sedih... Yang suka, yang menyampah... Yang relax, yang stress...

Apa yang buat aku lekat kat sini sampai 5 tahun bukanlah sebab tak der kerja lain yang lebih dekat dengan rumah, tapi sebab company sekarang ni ok sangat... bosses pun ok.... benefit pun ok... kerja pun ok... kengkawan pun ok... gaji pun ok! Kerja bukan setakat kerja jer... Ada macam-macam aktiviti yang kitorang buat... seronok!

Hari ni... dah 5 tahun 6 bulan kerja kat sini. Selagi Allah swt tetapkan untuk cari rezeki kat sini, akan aku berusaha bekerja sebaik dan sedaya mungkin. Insya Allah...

No comments :

back to top