♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, July 6, 2016

Meriahnya raya @ Tapah Road

Raya kali ni kitorang berkumpul di rumah kakak abah sebab mbah sekarang tinggal kat sana. Bila dah berkumpul ramai-ramai, barulah kitorang mulakan tradisi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan serta kutip duit raya!

Sesi bergambar, memang wajib. Inilah keluarga kitorang.

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah. Lengkap semua. Semoga ahli keluarga kami terus bertambah dengan zuriat-zuriat dan cucu-cucu yang comel buat emak dan abah. Dan semuanya dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan. Ameen...

Naufal dan Niesreena berjaya berpuasa penuh lagi tahun ni. Alhamdulillah...

Memang dah menjadi kebiasaan sejak dari dulu lagi, lepas solat raya, kitorang akan berjalan raya sakan di Kampung Hj Kasim, Tapah Road. Di sinilah kampung asal abah.

Ini pulak rumah lama mbah. Nampak sangat usang sekarang.

Sayang rumah ni. Banyak memori kat sini bersama-sama sepupu-sepupu masa kecik-kecik dulu.

Ini sebahagian daripada saudara-mara sebelah abah.

Kalau ikutkan ada ramai lagi. Adik beradik abah jer 10 orang. Cucu-cucu mbah ada lebih daripada 30  orang. Cicit pun dah lebih 10 orang.

Seronok beraya kali ni. Seronok bila berkumpul dengan saudara-mara yang jarang-jarang sangat berjumpa. Tapi akan lebih seronok kalau dapat berjumpa dan berkumpul dengan sepupu-sepupu partner in crime; kak Ita, kak Ros dan kak Ana. Dah lama tak berkumpul kat Tapah Road macam dulu-dulu.

Insya Allah... kalau ada rezeki nanti kiter jumpa k!

Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog aku ni.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top