♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 31, 2016

Bayers Air Fryer... Testimoni sikit...

My latest toys... lagi...

Huhuhu...

Umur Noxxa kat rumah tak sampai seminggu pun lagi, aku dah pergi beli mainan satu lagi. Huhuhu... Tak kuat iman... but yet... it is worth to buy. So, memang tak menyesal langsung

Macam mana aku terbeli bendalah ni?

Well, pada suatu hari... huhuhu... aku 'jalan-jalan' kat lazada. Tetiba aku terpandang pada iklan air fryer Bayers ni. Harganya cuma RM189! Seriously! COD plak tu!

So.... tanpa berfikir panjang aku pun klik "Add to Chart" dan terus proceed dengan pembelian.

Bila dah conform, baru terbayang muka comel laki aku yang akan bebel-bebel sebab beli barang lagi... "Aaaaiiiii... baru beli Noxxa dan ada benda baru lagi... bla... bla... bla..." Huhuhu... Seram sejuk gak jadinya....

Tapi pastu terbayang plak muka comel mak mertua aku dengan kata-kata hikmatnya, "biar menyesal beli... jangan menyesal tak beli..." Baru rasa lega sikit. Huhuhu...

So, hari Khamis lepas, barang sampai kat office. Hari Jumaat baru bawa balik. Enche Neezam senyum jer. Belum sempat dia nak mulakan kata-kata yang bakal menusuk kalbu, aku dah clear the air... bagi detail sumer... Yang penting... murah! Huhuhu...

Malam tu, macam-macamlah aku try goreng. Betul ke boleh goreng tanpa minyak?

Memula try goreng ayam goreng segera. Dan hasilnya... perfect!

Keluarkan ayam dari freezer, terus goreng.

Sebelum ni aku deep fried, kadang-kadang kulit dah kuning, nampak garing, tapi tengok isi masih mentah lagi. Tapi kali ni, kulit cantik kuning dan garing. Isi pun masak dan juicy!

Goreng ayam ni 20 minit. Ada instruction untuk kesesuaian panas dan masa dengan menu kat atas dia. So, senanglah...

Semalam buat sambal kacang, goreng kacang dia guna air fryer. Senang. Biarkan 20 minit tak payah nak tunggu atau kacau-kacau. Elok jer masak - garing dan warnanya cantik jer. Kacangnyer jer tau... bukan siap terus jadi sambal kacang. y(^-^)y

Goreng nugget pun senang. Keluarkan dari freezer, terus masukkan dalam compartment goreng dia tu. Set 15 minit. Dan hasilnya...

Senang! Niesreena dan Naufal pun boleh buat sendiri. Hmmm... tapi aku tak berani nak bagi.

So, dengan harganya cuma RM189 aku rasa Bayers air fryer ni worth to buy. Harganya murah dan fungsinya pun bagus. Memang berbaloi-baloi!

Monday, July 25, 2016

My Handsome Boy

Nak ke majlis sambutan hari raya kat sekolah katanya...

Friday, July 22, 2016

My new toy... Noxxa!

Tadaaaaa! My new toy in da houz!

Thanks enche Neezam! Love you more and more!

My very own periuk Noxxa!

Hahhaha... Periuk Noxxa ni tak pernah wujud dalam wishlist aku yang panjang-panjang tu. Aku selalu dengar orang sebut-sebut tentang keajaiban periuk Noxxa ni. Tapi aku tak pernah terlintas langsung untuk milikinya. Sebab dulu enche Neezam pernah hadiahkan pressure cooker Tefal. Sangat berguna dan membantu sangat sehingga sekarang. Sayang sangat periuk tu.

Beberapa minggu lepas, ada kawan ajak main kutu periuk Noxxa, sebulan seratus lebih jer. So, aku ingat nak join lah. Suka-suka jer, setakat RM157 sebulan apalah sangat kan. Tak der lah nak keluar sekali gus duit sampai RM788 kan.

Bila enche Neezam tahu aku nak main kutu untuk periuk Noxxa, dia suggest beli cash setelah 'diracun' baik punyer oleh kengkawan dia. Hahahhaha... Big thanks to his friends... So, terpaksalah cancel main kutu...

Enche Neezam beli cash jer dekat kawan dia dapat harga ahli, RM657.

Alhamdulillah... rezeki... Rezeki jangan ditolak... Lepas ni kena selalu masak sedap-sedap lagi untuk enche Neezam dan anak-anaknya. Hehehehhe...

Thursday, July 21, 2016

#throwback sikit... Birthday Niesreena yang ke 5 tahun...

Tetiba terjumpa video masa Niesreena sambut birthday yang ke 5 tahun. Comel betul tengok keletah bebudak dua orang ni. Niesreena dah petah cakap dan Naufal masih baby talk lagi. Rambut cendawan yang sangat dirindukan. Bila boleh nak dapat rambut macam ni lagi ek Naufal?

Oh my... Rindunya dengan bebudak kecik ni. So adorable!

Wednesday, July 20, 2016

My hensem boy

Tolonglah budak sorang ni... Dia tertengok muka sendiri melalui cermin pada pengasah pensel dan tetiba berkata.... "Hensemmmm" 😂😂😂

Adoiaiii anak aku...

Memang hensem sayang... Tak dapat dinafikan lagi... Hehhehehe...

Saturday, July 16, 2016

Menu istimewa untuk tetamu istimewa dan family tersayang

Hari ni tetamu istimewa nak datang rumah. So pepagi lagi dah berperang kat dapur... Nak sediakan menu istimewa untuk tetamu istimewa.

Aku ni dalam kepala hotak tak lain menyoto jer lah... Tu jer yang pandai buat. Huhuhu... Menu lain kena belajar lagi.

Tapi istimewa sikit kali ni sebab ada ceker @ kaki ayam.

Resepi soto di sini.

Alhamdulillah... Naufal yang demam beberapa hari ni dah mula kebah. Baru mula ada selera makan. Walaupun tak makan berapa banyak, tapi oklah dari tak makan langsung macam beberapa hari lepas. Risau mama.

Abang Ashraf dan kak Jumee sekeluarga tiba kat rumah lebih kurang jam 10 pagi. Rindu giler kat diorang. Rindu nak dengar celoteh kakakku yang sorang ni.

Enam tahun tak jumpa sejak berpisah kat Melbourne dulu. Diorang sekeluarga ni sangat sangat sangat baik hati dan peramah. Kalau dulu kat Melbourne kitorang lepak-lepak boleh sampai ke pagi.

Yang paling best, kak Jumee pandai masak! Dia masak apa pun sedap! Adore sangat! Pastu suka pulak ajak orang datang makan.

Masa kat Melbourne dulu, masa mengadung Naufal, mengidam nak makan asam pedas ayam. Kak Jumee lah yang masak. Love you kak!

Seronok berborak sampai tak sedar masa berlalu sangat pantas. Rasa macam tak nak kasi balik. Hehhehehe...

Insya Allah... ada rezeki kita jumpa lagi. Kat Melaka plak ke kan...

Jap lagi nak berangkat balik ke rumah mak abah aku pulak kat KL. Memang buat lebih untuk bawak balik ke KL. Istimewa untuk emak abah dan adik-adik.

Friday, July 15, 2016

GWS Naufal...

Terpaksa EL hari ni untuk jaga yang tersayang.

Dah 2 hari demam... Semalam enche Neezam cuti jaga Naufal... Hari ni giliran mama pulak...

Aku rasa Naufal ni demam sebab nak tumbuh gigi. Gigi Naufal yang rongak setahun lebih kat depan tu akhirnya dah nak tumbuh baru. Alhamdulillah... Risau jugak kalau tak tumbuh. Muka hensem... gigi tak der... memang sadis... Huhuhu...<

Sedih tengok Naufal lemah macam ni. Lemah tak bermaya jer. Makan pun tak nak...

Get well soon sayang...

Love you so much...

Thursday, July 14, 2016

Raya & birthday celebration @ office

Dah lama tak buat gathering kat office sebab mostly colleagues sibuk outstation. Alhamdulillah... mungkin sebab minggu ni orang masih lagi dalam raya mood, so, ramai ada kat office. Tak keluar.

Sambut raya dan sambut birthday sekali!

Macam-macam makanan ada. Kenyang giler sampai ke malam! Alhamdulillah...

Happy faces!

And thanks for the lovely wishes in the birthday card.

#mybirthday #celebrationatoffice

Wednesday, July 13, 2016

Tak payahlah nak berangan-angan nak jadi macam abam Muhammad Faiz Hashim kalau...

(1) Ko memang dah ada bini, apatah lagi tak der cacat cela... lengkap dua kaki, dua tangan. Jaga makan minum ko, paham perangai baik buruk ko, bersama-sama masa susah senang ko!

(2) Ada anak pelengkap keluarga... apatah lagi ada anak lelaki, ada anak perempuan... Jantina apa lagi ko nak?

(3) Family hidup bahagia... aman damai... kadang-kadang jer 'hujan lebat'... Kalau teringin sangat nak ribut badai taufan puting beliung tsunami... haaa silakan...

(4) Bini ko jenis 'mak mak tiri' ada extra muscle... lengan lebih besar dari lengan ko... tarik rambut gerenti koyak kulit kepala! Jangan cari pasal...

(5) Ko ingat ko mampu??? Dah terlebih duit nak tampung anak orang? Jangan dok berangan! Baik kumpul duit tu bawak anak bini yang dah ada tu gi haji tiap-tiap tahun! Rumah untuk anak-anak sorang 2/3 bijik!

(6) Pendapatan bini ko lebih banyak dari pendapatan ko. Seluar dalam pun bini yang belikan! Jangan berangan nak tampung anak dara orang...

(7) Bini yang ada pun ko tak reti nak didik jadi wanita solehah... ngaji pun tak reti... aurat pun tak tutup! Hari-hari selfie kat media sosial. Tolonglah!!!

(8) Ko jenis takut bini dan bini pulak jenis tak takut ko... Nanti kang asyik menipu manjang sebab nak selamatkan diri... "Abang outstation lah... Abang ot lah... Ada emergency kat officelah... bla bla bla...". Padahal....

(9) Ko sebuk ngadap hp memanjang. Masa untuk anak bini pun kurang... Ini nak bahagi pulak masa yang kurang tu kat betina mana pulak! Nonsense!

(10) Ko solat tak lengkap 5 kali sehari apatah lagi nak buat yang sunat. Bab kahwin ko kata nak ikut sunnah... sunnah bukan untuk ko! Halo! Sedar diri sikit!

Banyak lagi sebab. Malas nak listkan lagi. Emo aku jadinya... Tak payah nak viral sangatlah citer si Paiz tu. Buat laki-laki jadi mat jenin. Yang pompuan dok bercinta dengan laki orang tu lagi berkobar-kobar nak bina masjid atas masjid orang lain! Meluat!

Kiter tengok si Paiz tu happy-happy jer. Baguslah kalau betul happy... Lucky guy!

But mostly, orang tak tau drama hidup orang berpoligami ni. Banyak pahit dari manis. 'Perang dunia' bukan satu dua tapi beratus-ratus perang dunia dah. Emosi bini-bini, emosi anak-anak, emosi ko sendiri! Trauma! Lepas dah jadi, baru tu nak menyesal memang tak guna. Dah terlambat!

Apapun... jodoh di tangan Allah swt... Doa ajerlah yang terbaik...

Monday, July 11, 2016

Misi mengira duit raya

Misi mengira duit raya selesai!

Terima kasih kepada semua yang sudi bersedekah... Saper-saper yang nak hulur lagi, dialu-alukan... Hehehhe...

~~~(^-^)~~~

Sunday, July 10, 2016

Raya ke-2... turn rumah mertua...

Hari raya kedua, kitorang dah berangkat balik ke rumah mertua di Segamat. Menghabiskan sisa-sisa cuti yang ada kat sini.

Ramai jugak saudara-mara yang datang bertandang. Enche Neezam sempat tunjuk skill menyediakan nasi hujan panas sebagai juadah. Serius sedap! Kalau tak percaya, boleh tanya emak mertuaku... Huhuhu...

Resepi Nasi Hujan Panas, boleh klik sini.

Esok dah nak sekolah... Dah nak kerja... Rasa sekejap jer cuti 9 hari.

Nak sambung cuti lagi... aci tak?

Wednesday, July 6, 2016

Meriahnya raya @ Tapah Road

Raya kali ni kitorang berkumpul di rumah kakak abah sebab mbah sekarang tinggal kat sana. Bila dah berkumpul ramai-ramai, barulah kitorang mulakan tradisi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan serta kutip duit raya!

Sesi bergambar, memang wajib. Inilah keluarga kitorang.

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah. Lengkap semua. Semoga ahli keluarga kami terus bertambah dengan zuriat-zuriat dan cucu-cucu yang comel buat emak dan abah. Dan semuanya dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan. Ameen...

Naufal dan Niesreena berjaya berpuasa penuh lagi tahun ni. Alhamdulillah...

Memang dah menjadi kebiasaan sejak dari dulu lagi, lepas solat raya, kitorang akan berjalan raya sakan di Kampung Hj Kasim, Tapah Road. Di sinilah kampung asal abah.

Ini pulak rumah lama mbah. Nampak sangat usang sekarang.

Sayang rumah ni. Banyak memori kat sini bersama-sama sepupu-sepupu masa kecik-kecik dulu.

Ini sebahagian daripada saudara-mara sebelah abah.

Kalau ikutkan ada ramai lagi. Adik beradik abah jer 10 orang. Cucu-cucu mbah ada lebih daripada 30  orang. Cicit pun dah lebih 10 orang.

Seronok beraya kali ni. Seronok bila berkumpul dengan saudara-mara yang jarang-jarang sangat berjumpa. Tapi akan lebih seronok kalau dapat berjumpa dan berkumpul dengan sepupu-sepupu partner in crime; kak Ita, kak Ros dan kak Ana. Dah lama tak berkumpul kat Tapah Road macam dulu-dulu.

Insya Allah... kalau ada rezeki nanti kiter jumpa k!

Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog aku ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top