♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, June 23, 2016

Resepi | Mini Macaroni & Cheese!

Lots of cheese!

Semalam cuti Nuzul Quran.

Memandangkan aku bekerja di Selangor dan Enche Neezam dan little Khairuns masing-masing bekerja dan bersekolah di Negeri Sembilan, so, aku cuti sesorang jer kat rumah. Negeri Sembilan tak cuti Nuzul Quran.

Banyak jugak urusan dapat settle semalam. Sempat ke rumah lama dan ambil sikit-sikit barang yang masih ada kat sana, alter langsir, urusan bank... Alhamdulillah...

Dan sempat jugak buatkan Mini Macaroni & Cheese kegemaran Niesreena.

Biasanya aku akan buat satu mangkuk casserole. Tapi kali ni, aku buat mini jer sebab buat sikit jer.

Mini Macaroni & Cheese

Bahan-bahannya

300 g pasta makaroni
Keju Mozarella
Sos Bolognese Prego 1 botol kecil
Sos Carbonara 1/2 botol kecil
Daging hancur (ayam/lembu)
Sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
Sayur campur
Garam dan gula secukup rasa
Olive oil untuk menumis. Tapi kalau tak der olive oil, pakai minyak masak biasa pun ok.

Cara-caranya

Rebus pasta sehingga lembut.
Di dalam kuali tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus.
Kemudian masukkan daging hancur dan sayur ccampur.
Bila daging hancur dan masak, masukkan pula pasta yang telah direbus tadi.
Masukkan sos bolognese.
Gaul sekata dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Masak selama 5 minit dan tutup api.
Sediakan mangkuk untuk membakar.
Masukkan makaroni yang telah dimasak tadi di dalam mangkuk.
Tambah sesudu sos carbonara di atasnya dan ratakan. Tapi kalau tak nak letak sos carbonara pun ok jer. Niesreena suka dengan sos carbonara. Rasanya lebih creamy. Sedap!

Taburkan mozarella cheese di atasnya. Letaklah sebanyak mana yang korang suka. So, jadilah version mac & cheese mini tapi tamak. Hehehehe...

Panaskan ketuhar dengan suku 200 darjah dan bakar selama 20 minit.

Siap untuk dihidangkan!

Bila nak makan waktu berbuka, bolehlah panaskan dulu dalam microwave. Barulah cheese dia lembut semula dan bila makan tu... perrrgghhhh... tertarik-tarik cheese mozarella tu.

Sedapnya!

Selamat mencuba!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top