♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, June 6, 2016

Resepi | Sambal tumis kering

Alhamdulillah... hari ni dah masuk 1st Ramadhan.

Semalam baru kelam kelibut cari barang-barang dapur nak masak. Dengan rumah yang masih bersepah lagi sebab baru pindah. Huhuhu... Redha jer lah...

Apa-apa pun, mesti nak kena masak jugak!

Biasanya, aku bila masuk jer bulan Ramadhan, mesti nak buat sambal tumis ikan bilis, buat kering-kering... garing-garing... Makan dengan nasi panas waktu bersahur, barulah berselera!

So, nak kongsi resepi dengan korang.

Bahan-bahannya

Segenggam cili kering
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis saiz sederhana
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

Tumbuk cili kering dengan bawang merah dan bawang putih.
Mak ajar, kalau nak sambal tumis kering yang sedap, kena tumbuk cili keringnya. Tak boleh mesin. Barulah ori! Barulah kering! Barulah sedap!

Tips : Tumbuk cili kering

Tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
Tumis dengan api sederhana.
Sementara tu, tumbuk sedikit ikan bilis. Jangan terlalu hancur.
Masukkan ikan bilis ke dalam kuali.
Goreng sehingga bahan-bahan dalam kuali nampak garing dan masak.
Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Bila dah kering, bolehlah matikan api.

Kalau korang suka, boleh jugak masukkan tempe dan kentang. Tapi kena goreng dulu, barulah campurkan dengan sambal.

Sedap sangat dimakan dengan nasi panas.

Pembangkit selera!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top