♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, June 10, 2016

Resepi | Kacang buncis telur asin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan-bulan puasa ni selalu plak post pasal makanan dan resepi. Mintak maaf yer kengkawan.

Aku kongsi resepi yang best-best jer dengan korang. So, nanti bebila korang bolehlah try, buat berbuka ke kan...

Ada satu hari tu aku dengan colleagues gi lunch kat Adam Lai, restoran Chinese muslim kat Shah Alam. Makan macam-macam tapi yang paling aku suka ialah

Kacang Buncis Telur Asin

Masa makan tu, dok tertanya-tanya, apa bendalah yang aku makan ni. Sedap! Rupa-rupanya, itu ialah kacang buncis.

Kacang buncis jer?! Begitu sedap?!

Balik office, terus google cari resepi.

Ada macam-macam version. So, aku kompilekan dan jadikan version aku sendiri.

Hehhehee...

Actually, lebih kurang sama jer dengan resepi yang aku pernah buat Ketam telur asin dan Sotong telur asin.

Bila buat kat rumah, alhamdulillah, menjadi dengan jayanya.

Enche Neezam pun puji... sedap. Yang paling kagum, Naufal yang tak suka makan sayur tu, boleh berebut dengan Niesreena sampai licin pinggan. Ni first time waktu makan, menu sayur yang licin dulu. Memang pelik! Hehhehehe...

So sekarang ni, Kacang Buncis Telur Asin dah jadi makanan favorite kitorang.

Memang sedap! Cuma nak buat tu leceh sikit.

So, nak kongsi dengan korang resepi ni yang aku olah sikit.

Bahan-bahan

Kacang buncis 200 gm
3 biji telur asin
Tepung jagung
Bawang putih 2 biji
Cili padi 5/8 biji ikut sukati korang
Daun kari
Garam
Butter

Cara-caranya

Rebus telur asin sehingga keras. Kopek dan hancurkan isinya.

* Kalau ikut version original, diorang hanya gunakan telur kuning jer. Pecahkan telur asin yang belum dimasak. Ambil kuningnya dan stim 5 minit. Tapi rugilah telur putih tak digunakan. So, kita guna jer kedua-dua kuning dan putih. Pun sodap! *

Bersihkan dan potong kacang buncis. Kalau tak pakai kacang buncis, pakai kacang panjang pun boleh.

Rebus kacang buncis dalam 5 minit.

Tuskan kacang buncis dan kacang buncis tadi dengan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

Gaul sehingga rata.

Goreng kacang buncis sehingga kekuningan dan tuskan minyak.

Dalam kuali, panaskan sedikit butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

Kemudian masukkan telur asin yang telah dihancurkan.

Goreng lebih kurang 2-3 minit. Kemudian masukkan sayur kacang buncis yang telah digoreng tadi.

Gaulkan rata dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top