♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, June 30, 2016

Tiga Puluh Enam

Alhamdulillah... Thank you Allah...

Friday, June 24, 2016

My off day vs ais krim goreng

Off day sangat!

Hehhehehehe...

Bukan off day apa pun. Cuma semalam enche Neezam offer untuk prepare juadah berbuka. Biasanya enche Neezam buat pencuci mulut jer. Hari ni enche Neezam nak buat main dish plak. So, aku relaxlah sikit.

Yey! Alhamdulillah...

Nampak simple... Tapi bertambah jugaklah aku makan. Memang sedap ayam paprik tu.

Tq enche Neezam!

Dan aku plak... buat ais krim goreng untuk dessert.

Resepi yang senang tapi sedap!

Niesreena dan Naufal suka sangat.

Hmmm... actually... aku dan enche Neezam pun suka gak ais krim goreng ni.

Buat simple-simple jer... Janji kenyang!

Nak try buat ais krim goreng?

Resepi kat sini:-

https://juliescookingwithluv.blogspot.my/2016/06/ais-krim-goreng.html

Thursday, June 23, 2016

Resepi | Mini Macaroni & Cheese!

Lots of cheese!

Semalam cuti Nuzul Quran.

Memandangkan aku bekerja di Selangor dan Enche Neezam dan little Khairuns masing-masing bekerja dan bersekolah di Negeri Sembilan, so, aku cuti sesorang jer kat rumah. Negeri Sembilan tak cuti Nuzul Quran.

Banyak jugak urusan dapat settle semalam. Sempat ke rumah lama dan ambil sikit-sikit barang yang masih ada kat sana, alter langsir, urusan bank... Alhamdulillah...

Dan sempat jugak buatkan Mini Macaroni & Cheese kegemaran Niesreena.

Biasanya aku akan buat satu mangkuk casserole. Tapi kali ni, aku buat mini jer sebab buat sikit jer.

Mini Macaroni & Cheese

Bahan-bahannya

300 g pasta makaroni
Keju Mozarella
Sos Bolognese Prego 1 botol kecil
Sos Carbonara 1/2 botol kecil
Daging hancur (ayam/lembu)
Sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
Sayur campur
Garam dan gula secukup rasa
Olive oil untuk menumis. Tapi kalau tak der olive oil, pakai minyak masak biasa pun ok.

Cara-caranya

Rebus pasta sehingga lembut.
Di dalam kuali tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus.
Kemudian masukkan daging hancur dan sayur ccampur.
Bila daging hancur dan masak, masukkan pula pasta yang telah direbus tadi.
Masukkan sos bolognese.
Gaul sekata dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Masak selama 5 minit dan tutup api.
Sediakan mangkuk untuk membakar.
Masukkan makaroni yang telah dimasak tadi di dalam mangkuk.
Tambah sesudu sos carbonara di atasnya dan ratakan. Tapi kalau tak nak letak sos carbonara pun ok jer. Niesreena suka dengan sos carbonara. Rasanya lebih creamy. Sedap!

Taburkan mozarella cheese di atasnya. Letaklah sebanyak mana yang korang suka. So, jadilah version mac & cheese mini tapi tamak. Hehehehe...

Panaskan ketuhar dengan suku 200 darjah dan bakar selama 20 minit.

Siap untuk dihidangkan!

Bila nak makan waktu berbuka, bolehlah panaskan dulu dalam microwave. Barulah cheese dia lembut semula dan bila makan tu... perrrgghhhh... tertarik-tarik cheese mozarella tu.

Sedapnya!

Selamat mencuba!

Wednesday, June 22, 2016

Wordless Wednesday | Sweet is...

Tuesday, June 21, 2016

Akhirnya... dapurku berlangsir!

Ok tak?

Memula ingat tak nak letak langsir. Biar terbuka luas jer. So, saujanalah mata memandang. Tapi... Jiran belakang rumah akan pindah masuk tak lama lagi. Terpaksalah tutup sikit tingkap tu.

Hujung minggu lepas gi Nilai Square tempah langsir untuk dapur dan bilik study. Malam ni sempat gantung langsir dapur jer sebab langsir bilik study silap ukuran. Huhuhu... Sadis!

Gantung langsir... Buat sendiri jer!

Eh! Buka aku buat... My herolah yang buat. My handyman in the house. My can-do-everything gentleman.

Tak sampai 15 minit. Dah siap tergantung dah langsir dapurku.

Monday, June 20, 2016

Resepi | Seafood Ala Shell Out

Ini namanya resepi viral.

Sekarang orang tengah sibuk-sibuk ber'shell out'. So kitorang pun mestilah nak try jugak.

Kitorang tak pernah pun gi makan 'shell out' kat kedai so tak tau exactly rasa dia macam mana. Tapi, bila buat resepi ni minggu lepas, memang sedap sangat!

Mungkin terlebih sedap sebab masak sama-sama dengan husband. Cooking with lots of love... gitewwww... huhuhu...

So, hari ni nak kongsi resepi viral ni dengan korang. Terima kasih pada orang yang mencipta resepi ni. Nanti bolehlah korang try pulak sebagai juadah berbuka nanti. Sumpah sedap!

Seafood ala Shell Out

Bahan-bahannya:-

Apa-apa jer seafood yang korang suka.

Kali ni kitorang ada sotong, udang, kerang dan ketam. Dan jugak fishball kegemaran Naufal.

Kalau ada lala pun sedap!

Sayur-sayuran yang bersesuaian seperti lobak merah, brocoli, jagung kecil, cili bengala.

Cili merah dan cili padi kalau nak extra pedas.

Untuk menumis, kisar 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1 inci halia dan 2 sudu besar cili giling.

Sos tiram dan sos seafood.

Rempah kari 1 sudu.

Butter untuk menumis.

Dan garam dan gula secukup rasa.

Sebiji limau nipis atau lemon.

Cara-caranya:-

Bersihkan segala seafood yang ada.

Kemudian rebus sekejap.

Air rebusan tu jangan dibuang. Simpan dulu.

Dalam kuali, panaskan butter dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Sila ignore kuali buruk tu yer. Banyak berjasa kuali ni.

Bila dah pecah minyak, masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos seafood dan 1 sudu besar rempah kari daging. Goreng sekejap.

Masukkan sayur-sayuran, cili dan sedikit air rebusan seafood tadi.

Kemudian masukkan semua seafood yang telah direbus tadi.

Tambahkan sedikit garam dan gula serta perahkan limau atau lemon.

Gaulkan rata sehingga kering.

Siap untuk dihidangkan!

Seafood ala Shell Out!

Selamat mencuba!

Credit: Pics by enche Neezam

Saturday, June 18, 2016

Tak habis-habis lagi!

Tak habis-habis lagi mengemas!

Bukak kotak, buang kotak, masuk kotak!

Adeeeehhhh...

Penat betul!

Penat betul pindah rumah... Walaupun dah banyak kali berpindah-randah tapi tak pernah nak expert dalam bidang ni. Hehehehhe...

Banyak-banyak barang yang kitorang beli kat Aussie dulu, peralatan dapur yang paling banyak masih tak digunakan lagi. Dalam kotak lagi. Nak guna, konon sayang... Tak guna kang, mereput plak dalam kotak. Huhuhu... So, baiklah guna, sementara sempat. Huhu...

Lepas ni bolehlah kuali buruk aku berehat jap.

Friday, June 10, 2016

Resepi | Kacang buncis telur asin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan-bulan puasa ni selalu plak post pasal makanan dan resepi. Mintak maaf yer kengkawan.

Aku kongsi resepi yang best-best jer dengan korang. So, nanti bebila korang bolehlah try, buat berbuka ke kan...

Ada satu hari tu aku dengan colleagues gi lunch kat Adam Lai, restoran Chinese muslim kat Shah Alam. Makan macam-macam tapi yang paling aku suka ialah

Kacang Buncis Telur Asin

Masa makan tu, dok tertanya-tanya, apa bendalah yang aku makan ni. Sedap! Rupa-rupanya, itu ialah kacang buncis.

Kacang buncis jer?! Begitu sedap?!

Balik office, terus google cari resepi.

Ada macam-macam version. So, aku kompilekan dan jadikan version aku sendiri.

Hehhehee...

Actually, lebih kurang sama jer dengan resepi yang aku pernah buat Ketam telur asin dan Sotong telur asin.

Bila buat kat rumah, alhamdulillah, menjadi dengan jayanya.

Enche Neezam pun puji... sedap. Yang paling kagum, Naufal yang tak suka makan sayur tu, boleh berebut dengan Niesreena sampai licin pinggan. Ni first time waktu makan, menu sayur yang licin dulu. Memang pelik! Hehhehehe...

So sekarang ni, Kacang Buncis Telur Asin dah jadi makanan favorite kitorang.

Memang sedap! Cuma nak buat tu leceh sikit.

So, nak kongsi dengan korang resepi ni yang aku olah sikit.

Bahan-bahan

Kacang buncis 200 gm
3 biji telur asin
Tepung jagung
Bawang putih 2 biji
Cili padi 5/8 biji ikut sukati korang
Daun kari
Garam
Butter

Cara-caranya

Rebus telur asin sehingga keras. Kopek dan hancurkan isinya.

* Kalau ikut version original, diorang hanya gunakan telur kuning jer. Pecahkan telur asin yang belum dimasak. Ambil kuningnya dan stim 5 minit. Tapi rugilah telur putih tak digunakan. So, kita guna jer kedua-dua kuning dan putih. Pun sodap! *

Bersihkan dan potong kacang buncis. Kalau tak pakai kacang buncis, pakai kacang panjang pun boleh.

Rebus kacang buncis dalam 5 minit.

Tuskan kacang buncis dan kacang buncis tadi dengan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

Gaul sehingga rata.

Goreng kacang buncis sehingga kekuningan dan tuskan minyak.

Dalam kuali, panaskan sedikit butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

Kemudian masukkan telur asin yang telah dihancurkan.

Goreng lebih kurang 2-3 minit. Kemudian masukkan sayur kacang buncis yang telah digoreng tadi.

Gaulkan rata dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Tuesday, June 7, 2016

Melatih anak menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan

Dah lama artikel enche Neezam tak keluar suratkhabar. Hari ni kebetulan artikel enche Neezam disiarkan di Berita Harian dan jugak di Utusan Malaysia.

(^-^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top