♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 16, 2016

Surprise Hari Guru

Pukul 8.15 malam.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat.

Enche Neezam yang sedang duduk santai di ruang tamu sambil menonton Berita Utama terus tersentak dek bunyi ketukan yang kuat. Hampir tercabut kain pelekat yang dipakai. Kelihatan muka enche Neezam cuak dan terkejut.

Aku cepat-cepat mencapai tudung sambil tersenyum melihat muka enche Neezam yang penuh tanda tanya.

Alamak! Enche Neezam selak langsir!

"Laaaa... Korang...." kata enche Neezam. Muka yang mulanya cuak bertukar ceria.

Enche Neezam membuka pintu dan kedengaran nyayian "Allah selamatkan kamu" yang agak sumbang.

Hahahhahha...

Aishhh... formalnya... Tak biasa! Heheheh...

Tukar tune eh...

Actually rumah kena terjah dengan x-jaksa KK1 tahun 2015. Diorang datang nak raikan hari guru untuk enche Neezam.

Awal-awal lagi Farhana dah watsapp aku. Katanya nak datang rumah dan buat surprise. Tak nak enche Neezam tahu. Terharu plak aku. Enche Neezam apatah lagi. Terharu sesangat!

Terima kasih adik-adik kerana sudi datang meraikan hari guru dengan enche Neezam, membuatkan hari guru kali ni lebih bermakna. Seriously, enche Neezam sangat happy dan terharu sangat.

Semoga adik-adik semua dipermudahkan dalam pelajaran dan dapat mencapai cita-cita masing-masing. Amin...

Selamat hari guru buat suami tersayang,
Dr Khairunneezam Mohd Noor.

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Usman Awang
1979

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top