♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 22, 2016

Resepi | Ayam goreng biskut

Dulu masa kecik-kecik, emak rajin buat ayam goreng biskut. Entah dari mana emak dapat resepi ni ntah. Tapi yang pastinya, ayam goreng biskut ni memang sedap! Lebih sedap dari ayam KFC.

So, malam ni, tengah buntu-buntu tadi pikir nak buat ayam masak apa. Tetiba teringat kat ayam goreng biskut yang emak selalu buat dulu.

Ya Allah! Masa makan, memang teringat makan ayam ni masa kecik-kecik dulu kat rumah, dengan mak abah dan adik-adik. Mengamit memori sangat!

Next time nak beli kepak dan peha, then goreng macam ni, makan panas-panas. Nyum nyum.... sedap!

So, hari ni nak kongsi resepi unik ni dengan korang.

Sangat senang nak buat.

Ayam Goreng Biskut

Bahan-bahan

Ayam yang telah dibersihkan.

Biskut cream cracker ditumbuk sehingga hancur.

Sebiji telur di pukul + garam secukup rasa.

Cara-caranya

Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak banyak sebab kena goreng deep fried.
Bila minyak dah panas, celup ayam dalam telur kemudian salutkan dengan biskut yang telah dihancurkan tadi.
Goreng selama lebih kurang 15 minit dengan api sederhana besar.
Siap!

Senang kan?

Selamat mencuba!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top