♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 29, 2016

Pasang rail langsir bilik Naufal

Projek hari ni, pasang langsir kat bilik Naufal!

Hari tu aku berkenan sangat kat satu langsir yang aku jumpa kat Nilai Square. Tapi enche Neezam kata, cuba kita survey kat Nilai 3. Kot-kot boleh jumpa yang lebih cantik atau yang sama tapi lebih murah.

Survey punya survey punya survey kat Nilai 3, tapi tak der yang berkenan. Ye lah... Orang kata, kalau hati dah berkenan yang itu, tetap nak yang itu jugak!

So, balik semula ke Nilai Square, tempah langsir 10x5 kaki untuk bilik Naufal. Lebih kurang sejam, siap! Beli sekali dengan 2 rail 5 kaki.

Sampai rumah, enche Neezam terus jadi handyman, pasang rail langsir.

Dah akhirnya!

Perfect!

Bukan senang woooo nak pasang rail langsir ni. Lebih-lebih lagi nak tebuk lubang dekat dengan corner tu jenis batu keras. Gigih aku tengok enche Neezam tembak.

Pastu kena pastikan rail tu tegak lagi... tengah lagi... Aku mampu tengok jer lah.

Alhamdulillah... hasilnya sangat puas hati!

Good job enche Neezam!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top