♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, May 26, 2016

Kumpul menu sendiri untuk bulan Ramadhan

Tak lama jer lagi bulan Ramadhan bakal menjelang tiba.

Awal-awal lagi aku dah pasang niat nak memasak setiap hari untuk hidangan berbuka. Gigih! Hehehhehe... Insya Allah...

Aku bukanlah pandai sangat masak pun. Nak kata rajin masak pun tak... Ikut mood jugak.

Cumanya masa bulan Ramadhan ni, biarlah masak sendiri. Lebih jimat kot. Kalau setakat kuih muih tu bolehlah buat tambah-tambah beli dari pasar Ramadhan... sekali sekala.

Pengalaman tahun lepas, harga kat pasar Ramadhan boleh tahan mahal. Sekali pergi pasar, boleh habis berpuluh ringgit. Kekadang tu bila dah beli makanan macam-macam, waktu berbuka tak termakan. Membazir jer. Akibat mengikut nafsu!

So, niat Ramadhan kali ni, nak cuba berjimat. Tak nak membazir makanan. Insya Allah...

Masak kat rumah, masak lebih kurang jer. Masak cukup-cukup untuk berbuka dan sahur.

So, aku kumpul-kumpul balik menu-menu yang pernah masak dulu. Just nak refresh. Tak lah buntu sangat nak cari idea hari-hari.

Menu kegemaran enche Neezam sebenarnya ialah telur goreng mata dengan bawang dan cili padi, pastu tambah kicap. Selera jer dia makan untuk bersahur.

Apa-apapun, yang lebih penting, kedatangan bulan puasa ni, semoga kita semua mendapat zat di bulan Ramadhan, mempertingkatkan lagi amalan dan kumpul pahala banyak-banyak!

Insya Allah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top