♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, May 25, 2016

First trial resepi baru yang awesome!

Beberapa minggu yang lepas, aku makan 2 menu ni dengan kengkawan; stim seafood masa kat Penang ari tu dan sayur buncis telur asin kat restoran Adam Lai. Seriously sedap!

Aku ni, bila dah makan sedap, mulalah teringat dekat laki dan anak-anak kat rumah. Kan bagus kalau diorang dapat rasa.

So... masa makan tu, rekod betullah segala rasa kat lidah ni. Dah macam juri masterchef dah jadinya. Hehehehe... Nekad, satu hari nanti nak buat kat rumah, nak bagi Khairuns rasa sedapnya 2 menu ni.

Balik kerja semalam memang buntu nak makan apa. Teringat ada lala kat rumah, terus teringat nak try buat seafood stim. Sebelum sampai rumah, singgah kedai dulu beli bahan-bahan.

Tengok pulak ada telur masin dan kacang buncis kat kedai, hmmmm... nampaknya trial untuk 2 resepi sekaligus kali ni!

Alhamdulillah... first trial... kedua-duanya menjadi dengan jayanya. Serious sedap!

Enche Neezam pun puji... lepas aku dok puji diri sendiri. y(^-^)y

Huhuhu... tak malu!

Niesreena dan Naufal pun tak henti-henti kata sedap.

So, inilah hasilnya...

Stim seafood

dan

Kacang buncis telur asin

Enche Neezam kata kacang buncis ni ada 'kurang' sikit.

Kurang banyak!

Hahhahaha... Hmmm... Sebab sedaplah tu. Selalunya aku memang masak sayur sikit jer sebab selalu tak laku. Budak-budak ni kena paksa makan sayur, barulah ambik makan. Kalau tak suruh, memang sayur tak bersentuh.

Seriously, sepanjang-panjang aku masak sayur, inilah first time, sayur habis dulu berbanding menu-menu lain. Naufal yang tak makan sayur tu pun berebut-rebut nak makan. Naufal siap kata, "macam bukan sayur jer".

Sekejap jer licin dua-dua lauk.

Ya Allah... Alhamdulillah... Bersyukur atas nikmat rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami.

Teringin pulak nak sajikan menu ni buat mak abah.

Insya Allah, one sweet day!

Dan Insya Allah... bebila nanti aku kongsikan resepi dengan korang. Bolehlah buat menu untuk berbuka puasa nanti.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top