♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 6, 2016

Tips *untuk para suami*

Ambil hati isteri dengan kerja rumah mudah

Isteri... dia tak suka nak suruh-suruh husband sangat... Nanti takut husband tak suka... takut dikata isteri queen control, isteri pemalas. Akhirnya isteri makan hati jer... Pendam perasaan... Buat semua sendiri. Bila penat, mula membebel...

Huhuhu... kesian isteri...

Isteri... dia tak mintak banyak... Kalau suami dapat tolong sikit-sikit kat rumah pun dah boleh menggembirakan hati dia.

Serius!

Kalau tak percaya... cuba para suami cuba... sebab ia selalu berkesan pada aku...

(1) Kemas katil

Biasanya isteri ialah insan pertama yang celik mata setiap pagi. Terus check-in kat dapur. Sediakan sarapan dan siapkan anak-anak. Suami bila bangun kemudian, tolonglah kemas katil. Seronok isteri bila tengok katil dah berkemas... Mesti tersenyum sorang-sorang tengok katil dah dikemas suami dan terus terbayangkan wajah sweet suami yang hensem dimatanya...

(2) Kemas meja selepas makan

Isteri dah penat-penat masak, kemas dapur, lepas makan isteri sibuk pula membersihkan pinggan mangkuk. Suami tolonglah kemaskan atas meja makan, bawak pinggan mangkuk kat atas meja makan ke dapur, simpan lauk pauk dan lap meja.

Seronok isteri bila tengok meja makan dah berkemas... Tersenyum isteri sambil menghela nafas lega dan rasa dihargai.

(3) Basuh cawan dan pinggan sendiri

Lepas minum atau makan, tolonglah basuh cawan atau pinggan sendiri. Lebih-lebih lagi kalau tak der pinggan mangkuk lain dalam sink. Cawan hang sebijik jer! Jangan malas sangat yer...

(4) Baju kotor ke dalam bakul baju kotor

Baju dah kotor, masukkan betul-betul dalam bakul. Jangan tersangkut kat tepi bakul, kat tangga, kat bilik air, kat kerusi meja makan, kat atas katil tunggu isteri kutip. Sian isteri... Sedih tau!

(5) Angkat kain jemuran

Kalau susah sangat nak basuh kain, sidai kain, lipat kain, suami bolehlah tolong angkat kain. Mesti nampak sweet sangat! Jiran-jiran yang nampak suami angkat kain mesti jeles. Heheheheh...

(6) Buang sampah

Bila dah nampak bekas sampah dalam rumah penuh, tolonglah buangkan sampah ke tong sampah luar. Lepas tu terus letakkan plastik sampah baru kat bekas sampah. Mesti lega isteri tengok bekas sampah dah kosong. Nampak sangat suami peduli...

Apa lagi? Mungkin korang boleh fikirkan... Kerja rumah mudah-mudah jer...

Senangkan nak ambil hati isteri? Hari-hari boleh buat isteri gembira dengan tugasan mudah ni jer...

Isteri... Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada suami, walaupun ia hanya tugasan mudah.

Suami pun jangan lupa sekali sekala ucapkan terima kasih kepada isteri atas segala penat lelah menguruskan rumah.

Terima kasih is a magical word!

Tanda korang saling menghargai, menghormati dan mencintai.

* * * * *

Suami,

Terima kasih kerana selalu membantu di rumah. Tak perlu disuruh-suruh.
Terima kasih kerana menghargai dan menyayangi sayang seadanya.
I love you soooo much, enche Neezam!

X♥X♥
Julie

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top