♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 3, 2016

Shopping time!

Super Ceramic & Houses Lightings

Akhirnya semalam, kitorang berkesempatan ke

Super Ceramic, Kajang dan Houses Lighting, Puchong.

Aku banyak blog hopping pasal renovation rumah dan mostly blogger ramai yang suggest kedua-dua kedai ni untuk cari tiles dan lampu.

So, semalam, kitorang pun ke kedua-dua kedai ni. Memula kitorang ke Super Ceramic kat Kajang.

Super Ceramic kat Kajang ni tak der lah besar sangat. Tapi lebih banyak pilihan kalau nak banding kedai tiles yang ada kat Nilai. Ada banyak pilihan jenis, corak dan harga.

Selain tiles, kat sini jugak ada dijual lain-lain peralatan dapur dan bilik air.

Alhamdulillah... jumpa jugak yang berkenan di hati dan within budgets. Tak banyak citer... terus angkat! Esok diorang hantar ke rumah.

Selesai pasal tiles, kitorang kemudiannya ke Houses Lighting, Puchong pulak untuk cari lampu. Rupa-rupanya kat Puchong pun ada satu lagi branch Super Ceramic. Lagi besar! Nampak masa on the way ke Houses Lighting dan kedua-dua kedai ni memang boleh kira dekat-dekat jer. Dalam 1 atau 2 km.

So, korang kalau nak cari lampu dan tiles, boleh jer terus ke Puchong. Kedua-dua kedai ni ada kat sana. So, bolehlah jimat masa.

First time aku jejak kat Houses Lighting. Masya Allah! Aku tak pernah jumpa kedai lampu yang kemain ramai umat manusia. Seriously! Ni lah kali pertama. Ramainya orang kat kedai lampu!

No wonderlah ramai. Memang harga kat sini jauh lebih murah berbanding dengan kedai-kedai lampu yang kitorang dah survey. Seriously jauh lebih murah! Memang berbaloi-baloi.

Downlight pun ada banyak jenis dan pilihan. Downlight LED yang ada jenama pun boleh dapat dengan harga RM13 sebiji. Memang murah!

Lampu LED untuk L-box baru RM14 untuk 4ft.

Aku aim lampu berdiri warna silver ni. Insya Allah... bila masuk rumah nanti. Bolehlah beli sikit-sikit. Hmmmm... abaikan model tu yer... Nak jugak enter-frame.

Lampu ni ari tu aku tengok kat Nilai RM400. Kat sini baru RM250!

Plug tanam ni pun ada dijual kat sini. Sebelum ni pernah tengok kat internet jer. Plug ni sesuai kalau nak buat kat table top kat dapur ke kan... tapi sebenarnya makan space gak...

Pilihan kipas pun ada banyak. Rambang mata!

Cantik plak kipas bawah ni. Tapi kuat ke anginnyer???

Alhamdulillah... settle pasal lampu dan tiles.

Lepas ni apa pulak ek?

Takut tengok duit keluar macam air. Huhuhu...

Ini alamat kedua-dua kedai ni.

Houses Lighting

29-31-33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Hari Isnin jer tutup.

Super Ceramic

No. 6, Jalan BP 4/4, Bandar Bukit Puchong, Taman Industri, 47100 Puchong, Selangor

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top