♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 4, 2016

Progress Renovation Rumah Minggu 2

Renovation rumah dah masuk minggu kedua.

So, ini progress renovation rumah minggu kedua. Aku tulis apa yang aku paham jer. Tak reti nak guna terms kontraktor ke arkitek bagai. Hehehhehe...

Hari ke-9

Kat dapur dah ada saluran air untuk sinki.

Beams kat dapur sedang dibuat.

Tiang-tiang untuk buat lantai tingkat atas dah disusun.

Wayar-wayar elektrik, lampu dan kipas serta astro dah ditanam ke dalam dinding.

Hari ke-11

Sampai-sampai rumah jer tengok dah ada tong roro dalam laman rumah.

Dinding bilik atas dah dirobohkan dan lantai pun dah disimen.

Beam kat dapur dah siap.

Hari ke-13

Tingkap bilik atas dah ditebuk dan dinding pun disimen.

Diorang buat laluan air hujan dengan simen. Tak guna gutter supaya lebih tahan lama dan tak bocor.

Besi awning kat belakang pun dah diorang bukak. Tinggal nak potong jer.

Awning ni sebenarnya panjang sikit masuk ke kawasan rumah belakang. Ye lah... masa buat awning ni dulu, kat belakang tak der rumah... ada hutan jer... Sekarang dah naik rumah, so terpaksalah potong sikit dan letakkan gutter.

Betul kata mak aku, bila tengah buat renovation ni, ada jer benda nak tambah-tambah lagi. Adoooiiii... lari budget. Cina kontraktor tu pulak pandai jugak pengaruh... "akak buat sekarang boleh jimat... nanti rumah pun tak der kotor lagi... duit jangan risau, boleh bayar ansur-ansur..."

Kena kuatkan iman betul... huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top