♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 29, 2016

Alahai... Pengalaman tengok wayang di Premium-X Cinema, One City

Ini kali kedua company buat Movie Night. Cool kan?

Last time aku tak gi. So, kali ni join laaaa... Bila lagi nak tengok wayang dengan kengkawan... tanpa suami dan anak-anak... kan?

So, aku dan kengkawan tiba kat One City semalam lebih kurang pukul 7.15 malam. Wayang start pukul 8 malam. Ingat nak pusing-pusing dululah kat One City, tapi.... boleh kata tak der kedai untuk cuci-cuci mata... lengang dan kosong... Banyak kedai kosong.

Cuma ada sebuah kedai perabot jer kat level 3 kot. So cuci-cuci matalah dulu sementara nak tunggu pukul 8. Tetiba terberkenan plak dekat kerusi-kerusi ni.

Cun kan... Harga dia pun 'cun'!

Huhuhu.

Tapi kalau sesiapa yang minat deco Scandinavian, memang boleh datang kedai ni.

Ok... berbalik kepada cerita wayang.

Pukul 8 malam kitorang pun masuk... nak ke Hall 2. Kitorang sumer dah dapat tiket, so scan kat mesin dia jer dan masuk. Tiba kat Hall 2, aku tengok sumer kengkawan opis tak masuk dalam panggung lagi. Rupanya sebab movie sebelum tak habis lagi.

Pelik!

Tak pernah kena gini.

Kitorang ingatkan akan habis dalam masa beberapa minit lagi.

Rupanya...

Ada satu setengah jam lagi!

Biar betul! Habis tu kitorang punyer movie nak start pukul berapa?

Rupanya... Premium-X Cinema dah buat salah booking. Kat sistem diorang booked 29hb sedangkan kitorang booked 28hb. Staff  dia beria-ria kata kitorang booked 29hb.

Habis tu, apasal kitorang dapat tiket 28hb?

Haiiiiyaaaa... dah salah tak nak ngaku plak diorang ni. Lagi nak salahkan kitorang.

Sian committee yang uruskan. Susah hati diorang.

Tapi alhamdulillah... lepas berbincang... Diorang bukak satu hall untuk kitorang. Cuma start lambat sikit, 9.45pm baru start. Dalam hati aku... pukul berapalah nak sampai rumah ni? Esok kerja. Huuhuhuhu... Tak per lah... Sekali sekala...

Yang 'bestnya', pihak Premium-X kata akan bagi gantirugi tapi bagi popcorn free hari Isnin nak hantar kat office. Haah.... yelah! Popcorn overnight ke? Pastu hari Isnin nak buat apa? Sumer lepak kat rumah, cuti!

Patutnya... bagi kitorang popcorn free waktu tu jugak. Tapi non hado!

Tak per lah... Akhirnya semua dapat tengok wayang walaupun ada hiccups sikit. Satu hall kitorang conquered!

Actually, panggung wayang kat Premium-X ni memang selesa; kerusi selesa, siap ada meja setiap satu, aircond sejuk. Cuma bila ada kesilapan teknikal macam ni, nanti orang serik nak datang lagi. Dah lah One City tu macam hidup segan, mati tak mahu.

Apapun, good job pada committee! Keep up a good work!

Waiting for the next movie night...

Thursday, April 28, 2016

On Naufal's 7th Birthday

Semalam birthday Naufal.

Alhamdulillah... Naufal dah 7 tahun.

Tak der nak celebrate ke hapa... Cuma bawak makan... Kitorang empat beranak jer...

Naufal memang minat sangat permainan ala lego. So belikanlah Naufal satu set.

Happy birthday, baby Naufal!

Mama, ayah dan kakak sayang sangat kat Naufal!

Wednesday, April 27, 2016

Happy 7th Birthday, baby Naufal!

Always miss this cheeky face!

Happy birthday sayang.

Walaupun Naufal dah 7 tahun hari ni, Naufal akan sentiasa jadi baby boy mama.

Mama, ayah dan kakak sayaaaaaaaang sangat kat Naufal.

Semoga Naufal sentiasa di bawah lindungan Allah swt, membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi insan yang bijak dan dapat berbakti pada agama, keluarga dan negara dan yang paling penting menjadi hamba Allah swt yang soleh.

Amin...

Love you sooooo much!

Monday, April 25, 2016

Resepi | Bolognese + cabonara baked mac & cheese

Baked mac & cheese!

Yummeh!

And this is the way my Khairuns like it!

Goreng macaroni yang telah direbus dengan sos bolognese.

Masukkan daging cincang, cendawan dan baby tomato.

Masukkan dalam mangkuk yang boleh dibakar dalam ketuhar.

Sapukan satu lapisan sos cabonara.

Taburkan keju mozarella banyak-banyak!

Susunkan hirisan tomato dan taburkan sedikit basil.

Taburkan keju parmesan banyak-banyak atas tomato!

Sedapnya!

Bakar di dalam ketuhar dengan kepanasan 200 darjah selama 20 minit.

Dan hasilnya!

Yummeh!

Serius sedap! Niesreena suka sangat kalau letak sos cabonara banyak-banyak dan cheese banyak-banyak. Memang terasa lemak dan cheesy sangat!

Selamat mencuba!

Oh yaa! Untuk sos bolognese dan sos carbonara, kalau tak pandai buat sendiri atau nak cepat dan menjimatkan masa, boleh jer beli yang dah siap. Jenama Prego sedap! Beli kat 99 Speedmart murah! Hehehhe... iklan free...

Monday, April 18, 2016

Progress Renovation Rumah Minggu 4

Alhamdulillah... setakat ni semuanya berjalan lancar. Dan ikut perancangan.

Semakin banyak siap... Semakin banyak duit habis.

Huhuhu...

Antara progress minggu ni.

Saya suka tiles itu!

Tak sabar nak tunggu siap!

Sunday, April 17, 2016

Kinrara Resort lagi!

Situasi biasa bila Niesreena dan Naufal terjun pool

Hujung minggu ni melepak kat sini lagi.

Kinrara Resort kat Puchong jer.

Ini kali kedua kitorang kat sini. Pool kat sini best sebab besar. Niesreena dan Naufal memang suka sangatlah. Berenang berjam-jam. Aku selalu lepak tepi pool jer. Kena tengok Niesreena dan Naufal setiap masa!

Situasi biasa bila Niesreena dan Naufal mandi pool:-

(1) Orang menjerit bila Niesreena Naufal terjun masuk dalam pool sedalam >1 meter...

"Dalam! Dalam! Jangan mandi sini..." Pastu pandang sinis kat aku macam aku tak pandai jaga anak... "Maaf cik. Diorang pandai berenang..." Ayat aku setiap kali...

Sometimes aku biar je pandangan semacam diorg tu.

Alhamdulillah... Ada orang yang concern 👍🏻👍🏻

(2) Orang lalu kat pool then berhenti tengok Niesreena Naufal berenang pastu keluar ayat "Kecik-kecik dah pandai berenang... Tengok tu along angah... "Tunjuk pada anak diorang.

Ari tu kat Gambang, sekumpulan remaja lelaki lingkungan 20an "Wei! Ko tengok budak kecik tu pun pandai berenang. Malu arrrr..."

Hahahah.. Malu ke?

Mama diorang pun x pandai berenang 😭😭😭

(3) Ayat parents yang duduk tepi pool bila tegur aku "Anak berapa tahun?", "Ada hantar kelas berenang ke?" Hehehe...

Kena ulang tape setiap kali.. "Tak der hantar gi kelas... Diorg belajar sendiri. Sejak kecik dh pool friendly... "

y(^-^)y

Alhamdulillah... Niesreena dan Naufal boleh berenang... Tak der lah mahir pun. Teknik pun entah betul ke tak. Janji timbul. Huhu...

Wednesday, April 13, 2016

Eeerrrrr... memang macam ni eh?

Nampak macam padat jer...

Tapi bila tengok dalam...

Lompong!

Ikan tu pun nipis nipis jer.

Memang macam ni ker?

Last time aku ada beli gak, tapi tak lah teruk macam ni. Kat tengah ada gak isi.

Yang ini???

Haaaaiiiissshhh... Nasib baik beli jauh nun di Kuantan... Kalau tak, mahu aku gi tanya tuan kedai.

Redha jer lah...

Monday, April 11, 2016

Progress Renovation Rumah Minggu 3

Minggu lepas aku tak sempat nak gi tengok rumah hari-hari sebab masa tidak mengizinkan.

Hujung minggu plak pergi berkubang kat Gambang.

Minggu ni dah masuk minggu ketiga rumah sedang renovate.

Progress dapur

Progress bilik Naufal

Inilah lantai yang kitorang beli kat Super Seramik minggu lepas.

Progress ruang tamu

Sunday, April 10, 2016

Day 3 | Team building Jaksa bersama Dr Pengetua Kolej

Hari ni kitorang akan berangkat pulang ke Nilai.

Aktiviti hari terakhir ni, enche Neezam buat team building sikit dengan jaksa.

Sikit? Ehhh... 3 jam jugak lah...

Actually, ini ialah kemahiran enche Neezam. Enche Neezam selalu buat team building kat luar. Kehulu kehilir dengan 'magic box' dia cari side income. Tapi aku tak pernah tengok. Selalunya enche Neezam dok cerita jer apa yang dia buat.

Ni... first time... aku tengok sendiri aktiviti enche Neezam ketika mencari rezeki kat luar.

Amazing!

Naufal dan Niesreena sempat berendam lagi kat pool hotel.

One more achievement, Naufal dah boleh berenang kuak lentang plak.

Good job my baby!

Kitorang bertolak balik ke Nilai lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Sebelum tu, kitorang sempat gi membeli keropok lekor dan macam-macam lagi makanan laut kering yang lain untuk dibawa balik.

Alhamdulillah... Kitorang selamat tiba di KK1 lebih kurang jam 7.30 malam.

Retreat hujung minggu yang menyeronokkan! Semua felo dan jaksa sangat sporting... Insya Allah... kiter tunggu next trip yer...

~~(^_^)~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top