♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 11, 2016

Pelan rumah dah siap

Alhamdulillah...

Tak sampai seminggu submit semua dokumen-dokumen yang diperlukan, hari Rabu lepas, pelukis pelan dah emailkan pelan rumah yang dah disiapkan.

So, lepas kitorang setuju dengan pelan yang diorang dah lukis ni, kitorang akan berjumpa untuk tandatangani pelan untuk dihantar ke Majlis Perbandaran Sepang.

Kontraktor yang kitorang upah pun ada call jugak hari Rabu lepas. Bagitau yang diorang dah boleh start untuk renovation bila-bila masa jer. Uuuuiiisshhhh... cepat seminggu dari masa yang dijanjikan... Bagus... bagus... tapi pelan yang tak siap lagi... So, permit pun tak dapat lagi. Huhuhu...

Insya Allah... kalau settle dalam masa beberapa hari ni, minggu depan bolehlah mula kerja renovation.

Hati aku sekarang ni berbunga-bunga excited. Tak sabar nak siapkan rumah, tak sabar nak balik semula ke sana, tak sabar nak deco deco!

Semoga Allah permudahkan semua urusan rumah kitorang ni. Permudahkanlah, Ya Allah...

Amin...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top