♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, March 6, 2016

Niesreena dan Naufal nak pereksa!

Bo for .... bocey?!

Nak menjerit aku masa tanda kerja rumah Naufal ni. Nasib baiklah ni kerja yang aku bagi kat rumah. Kalau kerja sekolah??? Haiiiisssshhhh... Nampak sangat kitorang ni kaki Maharaja Lawak Mega! Huhuhu...

Biasalah... bila nak peperiksaan, mama diorang yang extra nervous. Selalunya malam hari Jumaat dan Sabtu memang bagi pelepasan kat little Khairuns, tutup buku! Hari Ahad baru buat kerja sekolah dan ulangkaji.

Tapi hari Selasa depan dah start exams. So, hujung minggu ni memang kena study habis-habisan.

Ini kali pertama Naufal nak exams kat sekolah kebangsaan. Mama yang cuak. Huhuhu...

Mana tak nyer... tengoklah Naufal belajar... sambil main...

Dengan reket... Nanti petang nak main badminton tapi awal-awal lagi dah stand by dengan reket.

Pastu pantang ada break, mesti capai mainan.

Sebab itulah mama kena ada kat sebelah setiap kali Naufal belajar.

Petang... mesti nak kerah tenaga mama pulak. Tiap-tiap petang ajak mama main badminton.

Naufal kata, "Nofal suka main badminton. Tapi dengan mama ajer... Dengan orang lain nofal tak suka sebab tak hebat macam mama..." Hahahaha... Ye lah tu Nofal. Sajer nak suruh mama exercise... Mama sokmo bagi tegak, Nofal sokmo bagi senget! Haiiissshhh...

Niesreena, seorang peminat buku.

Pun kena pantau gak. Takut gak kalau Niesreena banyak baca buku cerita daripada buku study.

All the best yer anak-anak mama. Mama dan ayah akan sentiasa mendoakan Niesreena dan Naufal cemerlang dalam pelajaran. Insya Allah, dunia dan akhirat.

Amin...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top