♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, March 27, 2016

Musim roller blade

Lain yang dicari, lain pulak yang terbeli!

Pusing-pusing Nilai 3 nak cari kedai lampu, tapi si Khairun Khairun aku dapat roller bladelah pulak. Happy betul diorang!

Hmmmm... sekarang ni musim bebudak sakan main roller blades.

Kat Nilai ni, sana sini bebudak dok main roller blade. Niesreena dan Naufal pun dah lama dok mintak. Tapi aku jer yang tak kasi. Tunggu keputusan peperiksaan dulu. Kalau OK baru proceed.

Semalam masa dok survey lampu kat Nilai 3, kitorang ter'lalu' pulak kat satu kedai toys ni. Kemain banyak dia jual roller blades siap lambak-lambak gitu jer.

Orang pun ramai dalam kedai dan mostly semua cari roller blades. Rupanya harga roller blades kat sini memang murah! Dari serendah RM69-RM300. Kat tempat lain aku tengok beratus-ratus.

So, enche Neezam belikan untuk Niesreena dan Naufal sorang sepasang.

Roller blades ni belakang dia ada 2 roda. Sesuai untuk beginner. Esok-esok bila diorang dah mahir bolehlah tukar roda tu jadi 4 straight. Tapi ni untuk saiz bebudak jer.

So, tadi lepas asar, bawaklah diorang ke dataran. Main sampai puas! Sampai penat!

Enche Neezam dapat jugak jog kat dataran beround-round!

Aku jer dok lepak.

Nampak bebudak main macam senang jer. Tapi sebenarnya susah jugak... asyik jatuh berdebap macam nangka buchuk! Hahahaha... Ya! Aku ada try. Tapi main kat rumah jer lah... jatuh tak lah malu. Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top