♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 3, 2016

Masa untuk Chia Seeds!

My latest temptation... chia seeds!

Sejak kebelakangan ni aku mula amalkan masukkan sesudu chia seeds ke dalam 1 liter air botol aku kat office.

Dan hasilnya....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Berat aku turun 20 kilo!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

NOT!

Hahahaha... Tipu sangat kan???!!!

Sorry yer... Not even in my dream.

Aku ni jenis manusia lemak tepu. Sejak dari remaja lagi memang berat maintain susah nak turun. Susah giler! Walaupun aku bersukan, main badminton, main futsal, joging, diet tetap ginilah jugak berat aku. So, I'm not expecting nak kurus ke nak slim ke hapa... Aku redha... Huhuhu...

Sebab utama aku ambil chia seeds ni ialah supaya aku boleh minum at least 1 liter air sehari. Sebab bila dah masukkan chia seeds dalam air, rasa rugi plak kalau tak habiskan dan aku suka gigit biji-biji chia ni.

Alhamdulillah... 1 liter air berjaya aku habiskan sebelum pukul 12.30 tengahari.

Yang bagusnya... minum air ni, korang tak kan rasa lapar memanjang. Sebelum ni, asal pukul 11 pagi atau 3 petang, mulut mula rasa nak mengunyah-ngunyah walaupun dah breakfast dan makan tengahari. Nak cari kacanglah... biskutlah... Tapi sejak minum air chia seed ni memang tak der craving mengarut lagi dah.

Apa chia seed ni sebenarnyer?

Chia seed ni sebenarnya daripada pokok Salvia Hispanica yang berasal dari Mexico dan merupakan ahli keluarga pudina. Rupanya macam biji selasih dan kalau dah kembang pun memang macam biji selasih jugak. Rasanya tawar jer... So, sesuai kalau nak masukkan dalam makanan kegemaran korang sebab rasa makanan tak akan terjejas.

Khasiatnya sangat banyak. Antaranya:-

  • Antioxidants
  • Sumber protein yang tinggi
  • Memberikan tenaga
  • Melawan diabetis
  • Kandungan serat yang tinggi
  • Mengandungi Omega-3

Banyak lagi khasiat chia seed ni yang korang boleh Google jer untuk dapatkan info yang lebih lanjut dan lebih detail.

Chia seed ni korang boleh beli dengan mudah dekat Lazada. Aku pun beli kat Lazada jer. Jumpa deal yang paling murah. Aku dapat dua botol Natural Chia Seeds jenama Joy Mix (400g x 2) dengan harga RM72 sahaja.

Deal ni masih ada kat Lazada sekarang ni.

Kat Cosway pun ada jual jugak kalau tak salah RM74 member price untuk pack 500g.

Selain campurkan ajer chia seed ni dalam air minuman harian korang, ada banyak lagi resepi lain yang boleh korang buat dengan chia seed ni. Antara resepi chia seed yang famous ialah puding chia seed.

Nampak sedap dan sihat kan?

Nak buat pun senang jer.

Cuma perlukan 2 sudu chia seeds, 1/2 cawan susu, 1/3 cawan santan, 2 sudu madu.

Campurkan semua bahan-bahan di dalam cawan dan biarkan lebih kurang 30 minit sehingga chia seeds betul-betul mengembang. Kalau nak tambah oat pun boleh.

Tambahkan dengan buah-buah kegemaran korang dan siap untuk dimakan!

Kalau tak nak makan lepas 30 minit, korang boleh simpan semalaman dalam peti ais dan esok boleh buat breakfast. Healthy breakfast!

Last time aku buatkan untuk Niesreena.

1 sudu chia seed, 2 sudu oats, susu dan milo. Niesreena suka sangat. Sedap!

Ada banyak lagi resepi chia seed yang menyihatkan yang korang boleh dapat melalui internet. Nanti boleh try k.

Bagi orang yang nak diet, rasanya chia seed ni memang sesuai sebab perut akan sentiasa kenyang dan selera makan pun kurang. Bagi orang yang jenis lemak tak tepu... tak macam aku lah... Huhuhu...

Ooohhh... lepas makan atau minum chia seed, pastikan korang check gigi sebelum jumpa orang, sebab kadang-kadang biji chia ni terselit kat gigi tanpa kita sedari. Huhuhu...

Ok. Selamat mencuba!

2 comments :

Tautan Hati NabilaHasyim said...

huhu, pesanan terakhir tu penting, hahaha..

oo xpenah tau pasal chia seed ni.
terima kasih sbb sy terbaca di sini..

MAT NOR said...

Wife pun ada beli chia seed kat 11street 3 packs 200gram/each offer RM 40, free postage. Order 20hb, hari ni terima. Wife masukkan dalam air mineral. Rasa macam selasih je, boleh diterima tekak. Banyak khasiat berbaloi jugak beli. Harga pun berpatutan sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top