♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana matahari

Pagi tadi Niesreena dan Naufal gi sekolah bawak cermin mata hitam. Cikgu suruh bawak sebab nak tengok gerhana matahari hari ni.

Tengah siap-siap pagi tadi Naufal tanya, gerhana matahari tu macam mana.

Aaaa? Dah tak der masa nak google ke hapa... So, mama conteng papan putih jer lah...

Beria mama lukis. Bila tanya Naufal dan Niesreena, paham ke tak? Nasib baik diorang angguk.

Huhuhu...

Ooooo... unit piawai tu tak der kena mengena dengan ini cerita.

Pagi tadi cuba gak tengok gerhana matahari dari depan office. Nampak jugak tapi matahari terik sangat. Tak boleh tengok lama-lama. Berpinar biji mata.

Balik sekolah tadi tanya Niesreena dan Naufal, nampak tak gerhana? Beria-ia diorang cerita. Diorang sempat jugak solat sunat gerhana berjemaah kat sekolah tadi.

Alhamdulillah... dapat gak pengalaman tengok gerhana matahari. Salah satu tanda kebesaran Allah swt. Subhanallah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top