♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 5, 2016

Family dinner @ Sate Kajang Hj Samuri

Malam semalam makan malam agak istimewa sikit.

Mak beria-ia ajak makan malam sama-sama. Sebab Jaja dan Haziq dah nak balik KK tak berapa lama jer lagi. Sob... Sob...

So, sebelum balik, mak nak semua berkumpul dan makan sama-sama.

Mak kata jumpa kat Satey Kajang Hj Samuri. Kitorang memang suka makan satey. Dari dulu lagi memang family's favorite!

Dah lama sebenarnya tak makan Satey Kajang Hj Samuri ni. Kat Nilai biasanya makan
Satey Willy atau Satey Kajang kat MMA.

Harga satey KHS masih lagi 80 sen untuk ayam dan daging. Murah kan?! Kat Nilai satey dah lama nak sebatang seringgit, pastu lemak mesti ada seketul. Satey KHS tak der lemak. Saya suka! Kuah pun sedap. Cuma air minuman jer tak banyak pilihan. Teh O limau suam pun tak der!

Lepas makan, kitorang main-main kat dataran sebelah restoran. Ramai orang beriadah kat sini.

Mak abah seronok tengok kitorang adik-beradik main-main gak macam budak kecik. Hehehehe...

Kat sini boleh main bubble, kereta control, basikal, roller blade dan macam-macam lagi.

Sampai tengah malam jugaklah kitorang lepak kat sini. Seronok sekali sekala dapat berkumpul ramai-ramai. Mak dan abahlah yang paling seronok.

Insya Allah, Jaja dan Haziq akan balik ke KK hujung minggu ni. Mesti rindu kat Haziq yang comel tu. Yang pastinya, mak dan abah yang paling sedih nak berpisah dengan Haziq. Dari Haziq kecik lagi mak dan abah yang jaga. Haziq pun mesti sedih nak berpisah dengan wan dan atok abah, kan... dan dengan papa sekali.

Sedihnya...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top