♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 7, 2016

Surprise! Surprise and more surprisesssss!!!

Alhamdulillah....

Semalam genap usia enche Neezam kesayangan beta menganjak ke 36 tahun.

Tetiba tahun ni rasa nak buat surprise birthday untuk enche Neezam. Tahun-tahun sebelum ni, just makan-makan biasa jer.

Surprise birthday kali ni aku plan dan komplot bersama-sama keluarga enche Neezam.

Actually, awal-awal macam dah kantoi. Ni semua sebab aku tempah hotel pakai kad kredit enche Neezam. Ye lah... aku tak der kad kredit. Memang tak pernah ada kad kredit. Selama ni swipe kad kredit enche Neezam jer. Kalau beli barang online ke, minyak ke, pakai kad kredit enche Neezam. Enche Neezam tak pernah tanya pun beli apa. Dia pasrah dan redho jer. Hehehehe...

Tapi kali ni, lepas comform jer booking aku kat agoda.com, tetiba enche Neezam call, tanya booking agoda untuk apa. Addddooooiiiii... mesti sebab dapat sms dari bank. So, terpaksalah cakap yang plan nak bawak dia berjalan hujung minggu ni.

Dia tanya kemana?

Terpaksalah aku tipu, katakan ke Grand Lexis PD. Satu malam jer. Logiklah kan kalau sampai RM650++ semalam. Aku katakan nak blanjer sempena birthday dia.

Macam biasa, dia redho jer lah.

Enche Neezam nampak excited sangat nak gi Grand Lexis. Sebab hotel tu memang best. Ada pool dalam bilik. Aku nak gelak guling-guling jer bila enche Neezam bagitau dia tak sabar nak ke sana. Nak berendam puas-puas.

Adddooooiii... sorrylah husband... kali ni kita ke tempat lain....

Nak kemana?

Haaaaa... pada hari kejadian, iaitu semalam, birthday enche Neezam, macam biasa, aku dan little Khairuns wish lah happy birthday kat enche Neezam. Tengahari tu, masa dah nak gerak kononnya ke PD. Baru aku bagitau dia yang kita ke Bayou Lagoon Melaka.

Eeeerrrrkkkk... Enche Neezam terkejut... mungkin hampa jugak.

Hahahahha...

S.U.R.P.R.I.S.E!!

Sorrylah sayang... next time ke Grand Lexis yer. Kali ni kiter gi Bayou yer... Hehehehhe...

Enche Neezam pelik, kalau kat Bayou takkanlah sampai RM600 lebih. Then aku kata sebab 2 malam. Errrkkkk... tipu lagi!

S.U.R.P.R.I.S.E!!

Sampai kat Bayou, check in hotel, masuk apartment 3 bilik.

Enche Neezam terkejutlah... kenapa besar sangat?!

Hahhahahahah...

S.U.R.P.R.I.S.E!!

Aku kata, actually 1 malam jer... aku ajak family aku datang join sekali.

Eeerrrrkkk... tipu lagi!

Enche Neezam percaya jer. Sebab actually memang ada plan nak berjalan dengan famili aku tapi ada jer yang tak free so asyik tertangguh. So, hari nilah harinya.

Lepas solat, kitorang terus serbu waterpark.

Seronok bila tengok birthday boy man dan little Khairuns enjoy.


Kejap tu enche Neezam kata nak naik bilik dulu sebab kelaparan.

Cantekk!!! Enche Neezam sorang-sorang kat bilik.

Tak berapa lama lepas tu family enche Neezam semua sampai. Kitorang pun naik bilik dan buat

S.U.R.P.R.I.S.E!!

kat enche Neezam.

Enche Neezam memang terkejut sangat! Bila bukak pintu tengok semua famili dia ada kat sana. Ayah enche Neezam siap bawak pulut kuning dan rendang. Kek pun ada!

Enche Neezam nampak happy sangat. The best part, bila tengok enche Neezam seronok main air dengan anak-anak dan adik-beradik dia. Mengalahkan budak kecik! Hehehhehee...

Aku rasa puas hati sangat. Alhamdulillah... seronok dapat buat dia gembira di hari lahir dia.

Gambar semua tak import lagi. Haaaiiiissshhhh...

Malam tu, kitorang gi celebrate dinner kat Umbai. His favorite place.

Makan besar!

Seronok 2 hari kat sini. Semua orang enjoy!

Ini kali ke lima kitorang kat Bayou Lagoon Melaka ni. Memang our favorite place. Dah beberapa kali kat sini ada banyak penambahbaikan. Staff pun sangat friendly.

Surprise... Alhamdulillah menjadi!

Thanks semua in-laws yang sporting sebab bersengkongkol dengan jayanya. Hmmmm... tapi ingat eh... next time kalau nak buat plan cengginih jangan bagi Abang Lee join. Mulut tempayan! Stress bersengkongkol dengan dia. Salah tingkap bagai... Haaaiiiisssshhhhh...

Sorry yer kak Sit. Hehehehehe...

y(^-^)y

Hari ni, kitorang lajak ke Segamat. Alang-alang dah dekat. Sebelum tu kitorang sempat singgah makan kat stesen bas Tangkak. Pekena asam pedas ikan sembilang. Sedap! Tapi tetap tak boleh lawan asam pedas mak aku!

Happy birthday, sayang. Hope you like all the surprises. Glad to see you enjoying your special day!

We love you soooo much.

Dan hadiah aku untuk enche Neezam tahun ni....

Original Adidas JDT latest jersey!

And he like it so much!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top