♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 20, 2016

Kufi art - Ayat kursi, Allah & Muhammad

Hari Selasa yang lepas, kufi art yang enche Neezam tempah sampai.

Cantik sangat!

Pandai enche Neezam pilih.

So, misi hujung minggu ni nak tampal ayat kufi tu kat dinding. Memandangkan enche Neezam kerja pagi ni, aku dengan gigihnya telah berusaha untuk mengantung sendiri ayat-ayat kufi tersebut.

Hahahaha... sebab tak sabar nak tunggu enche neezam balik.

Dan hasilnya...

Tada!!!

Oh tak?

Ye aku gantung sendiri.

Tapi aku tak lah drill bagai. Aku just ketuk paku kecik jer. Sebab kufi ni dari kertas canvas dan bingkainya pun ringan jer.

Pening jugaklah nak bagi center dan selari ketiga-tiga frame tersebut. Bila tanya Niesreena, "Senget ke tak?". Dia asyik jawab OK jer.

Alhamdulillah... akhirnya, tergantung jugak dengan jayanya.

Yes!

Proud of myself!

Sebelum ni aku letak frame gambar jer kat situ. Bila dah letak ayat kursi yang berwarna-warni ni, nampaklah terselah sikit ruang.

~ SEBELUM ~

Mission accomplished!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top