♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 29, 2016

Tahun lompat #29feb

Happy Leap Year Day!

And happy special birthday to all who are celebrating birthday today!

Sunday, February 28, 2016

Hujung minggu di LeXis Port Dickson

Hujung minggu ni kitorang lepak kat Lexis, Port Dickson. Kali kedua kitorang kat sini.

Kali ni dapat bilik nun jauh di ufuk barat.

Niesreena dan Naufal, macam biasa, enjoying most of their time at the pool.

Dan jugak kat pantai...

Yang bestnya, bilik kitorang kali ni walaupun jauh, tapi boleh menikmati sunset!

Malam semalam, sempat nikmati steamboat kat tempat kegemaran kitorang. Alhamdulillah... dap dap!

Relaxnyer rasa...

Kalau kat rumah mesti serabut dengan kerja-kerja rumah yang tak habis-habis.

Hmmmm... enjoylah yer Khairun Khairun sekalian... Balik nanti kiter kena start pulun study habis-habis. Next 2 weeks exam!!!

Friday, February 26, 2016

Dokumen-dokumen untuk MP Sepang

Fokus bulan March dan beberapa bulan akan datang ni, Insya Allah pada projek renovation rumah.

Ingat tak last time aku ada post mengenai 'Kontraktor Pilihan Hati'? Well, kitorang tak dapat gunakan dia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tapi tak per... Mungkin tak der rezeki. Perancangan Allah lebih baik. Kitorang dapat kontraktor lain. Harga dia pun lebih kurang jer daripada quotation kontraktor yang lepas. Cuma hasil kerja dia tak tau lah macam mana... tawakal jer lah yer... Harap-harap ok lah...

Last week aku watsapp kontraktor tu, Vin nama dia, tanya bila boleh start. Walaupun dah tahu, last time dia kata pertengahan bulan tiga baru dia boleh start sebab ada 2 projek lain on the list. Dia memang jenis siapkan projek satu-satu. Sajer jer sebenarnya aku watsapp dia. Just nak keep in touch. Takut dia lupa kat rumah aku. Hehehhehe...

Nasib baik Vin reply, dia kata dia dah contact dengan arkitek yang deal dengan MP Sepang dan dia akan suruh arkitek tu contact aku dengan segera.

Alhamdulillah... malam tu arkitek tu, Mr Tang, watsapp dan listkan semua dokumen yang diperlukan.

So, dokumen-dokumen yang diperlukan untuk submit pada MP Sepang ialah:-

(1) Salinan lengkap S & P
(2) Cukai taksiran 2016
(3) Cukai tanah 2016
(4) Salinan IC tuan rumah

Mr Tang juga mintak detail apa renovation yang kitorang nak buat. Dia kata actually contractor dah explain kat dia, tapi just nak double confirm. So, aku bagilah plan aku macam kat bawah ni.

~Tingkat bawah~

Haaaa... macam kontraktor sangat tak? Huhuhu...

So, basicly kitorang just nak tambah 2 bilik tidur lagi, satu kat tingkat bawah dan satu kat tingkat atas dan extend dapur, supaya jadi dapur basah. Actually, rumah kitorang ni dah sedia ada dapur basah, cuma aku rasa dapur basah tu besar sangat. So, aku dan enche Neezam setuju untuk jadikan ia sebagai bilik. Insya Allah bilik study.

Then kitorang extend dapur kat ruang belakang untuk dapur basah. Kitorang cadang nak tarik sampai tembok belakang, tapi Mr Tang kata memang takkan dapat approval dari MPSP. Kalau ikut MPSP, Mesti ada at least 7 kaki kat belakang! Banyak tu! Baik tak payah extend!

So... Mr Tang kata... *** secret ***

Saper nak tahu, boleh pm tepi.

y(^-^)y

~Tingkat atas~

Kat tingkat atas, cuma ada 2 bilik yang sangat-sangat luas. Hall tak der. So, memula ingat nak buat hall, tapi bila pikir balik... tak payahlah... sebab rumah yang kitorang tengah duduk sekarang ni ada hall kat atas pun jarang sangat guna. So, terus jer gunakan ruang tu untuk bilik tidur - bakal bilik tidur Naufal. Insya Allah...

Dan untuk pembayaran pulak total ialah RM3,000. Pembayaran ni termasuk RM500 deposit untuk tong roro, processing fee untuk MPSP, architectural drawing dan structural drawing untuk diserahkan kepada MPSP.

Pembayaran ni bukanlah dibuat sekali gus tapi pada mengikut pecahan-pecahan berikut:-

(1) Upon confirmation, RM500.00 - maksudnya bila kita dah setuju nak upah arkitek tersebut
(2) Upon completion of all drawings RM2,000.00
(3) Upon submission obtaining permit RM500.00

Bila kita dah submit pelan rumah untuk renovation kat MPSP, kita akan terus dapat permit untuk renovation dan terus boleh mulakan kerja-kerja renovation.

Pagi tadi aku dah email semua dokumen-dokumen yang dikehendaki dan enche Neezam dah buat 1st payment. Biasalah... tang bayar kena bagi kat Mr Banker. Huhuhu...

So, ini second step untuk memulakan kerja renovation rumah. First step hari tu, ialah mencari kontraktor - harga berpatutan dan kualiti kerja terbaik. Insya Allah... setiap progress aku akan kongsikan kat sini untuk jadi panduan kitorang akan datang. Atau mungkin panduan untuk korang-korang yang merancang untuk renovate rumah gak.

Hmmmm... nombor contact kontraktor dan architect aku kongsikan kemudian, hanya jika aku puas hati dengan kerja diorang ok.

y(^-^)y

Doakan semuanya berjalan lancar yer.

Wednesday, February 24, 2016

Demam aiskrim Malaysia

Resepi aiskrim sumi

Sekarang demam aiskrim Malaysia ke?

Ini aiskrim yang aku buat.

Actually aku dah buat ais krim Malaysia ni beberapa minggu lepas. Ni sebab tak nak Naufal dok beli ais krim kat sekolah. Habis baju sekolah kotor sebab makan ais krim.

Jadinya aku pun buatlah aiskrim ni kat rumah supaya Naufal tak beli aiskrim kat sekolah.

Macam-macam aiskrim ada.

Ais krim Milo

Asam boy

Sirap selasih

Sirap bandung

Dan jagung

Naufal dan Niesreena kata aiskrim mama buat lagi sedap daripada yang diorang beli kat sekolah.

Huh! Haruslah!

Tup tup beberapa hari lepas viral pulak pasal aiskrim cumi jeli. Kretif sungguh orang Malaysia ni kan. Nampak sedap! Hmmmm... kena cuba ni.

Kongsi resepi kat sini dulu. Insya Allah ada masa nanti kita try buat plak yer.

Aiskrim Sumi Jelly

Bahan-bahannya:-

☃ 1 tin susu pekat - boleh kurangkan atau lebihkan ikut tahap kemanisan yang korang nak
☃ 1 tin susu cair
☃ 1.5 liter air masak
☃ Secubit garam
☃ 3 paket sumi

Cara-caranya:-

☃ Masak semua bahan (kecuali sumi) sehingga mendidih
☃ Masukkan sumi dalam plastik aiskrim
☃ Bila susu yang dah dimasak tadi dah sejuk, masukkan dalam plastik aiskrim
☃ Then masukkan dalam peti ais
☃ Bila dah beku... bolehlah nikmati kelazatannya!

Tak sabar nak try!

Saturday, February 20, 2016

Kufi art - Ayat kursi, Allah & Muhammad

Hari Selasa yang lepas, kufi art yang enche Neezam tempah sampai.

Cantik sangat!

Pandai enche Neezam pilih.

So, misi hujung minggu ni nak tampal ayat kufi tu kat dinding. Memandangkan enche Neezam kerja pagi ni, aku dengan gigihnya telah berusaha untuk mengantung sendiri ayat-ayat kufi tersebut.

Hahahaha... sebab tak sabar nak tunggu enche neezam balik.

Dan hasilnya...

Tada!!!

Oh tak?

Ye aku gantung sendiri.

Tapi aku tak lah drill bagai. Aku just ketuk paku kecik jer. Sebab kufi ni dari kertas canvas dan bingkainya pun ringan jer.

Pening jugaklah nak bagi center dan selari ketiga-tiga frame tersebut. Bila tanya Niesreena, "Senget ke tak?". Dia asyik jawab OK jer.

Alhamdulillah... akhirnya, tergantung jugak dengan jayanya.

Yes!

Proud of myself!

Sebelum ni aku letak frame gambar jer kat situ. Bila dah letak ayat kursi yang berwarna-warni ni, nampaklah terselah sikit ruang.

~ SEBELUM ~

Mission accomplished!

Wednesday, February 17, 2016

Bila Niesreena join Pandu Puteri

Hari ini Niesreena perlu ke sekolah dengan uniform Pandu Puteri. Memang setiap hari Rabu ada Ko-ko. Hujung minggu lepas dapat gak cari sepasang t-shirt Pandu Puteri dan sepasang uniform Pandu Puteri. Macam-macam pulak lencana yang kena tampal sendiri. Aiiisshhhh... tak der ker yang dah siap tampal?

Aku tang jahit ni memang keras tangan sikit. Huhuhu...

So, nak tak nak kenalah jahit gak.

Ada kawan bagi tips, sebelum jahit, tampal dulu dengan double sided tape. So tak der lah ia bergerak-gerak. Kalau pakai jarum peniti pun kadang-kadang boleh lari gak letak dia.

Dan hasilnya...

Alhamdulillah... ok lah kan?

Sakit jugaklah rasa jari jemari ni, sebab tak biasa menjahit.

Adoooiii... bengkok pinggang mama, nak...

back to top