♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 21, 2016

:: Road trip to Krabi Day 5 ::

The day we left our he♡rt @ Krabi

Sedihnya... hari ni hari terakhir kat Krabi.

Pagi tadi, sebelum bertolak ke Hatyai, kitorang sempat dibawa ke pasar di pekan Krabi. Kat sini ada macam-macam jenis makanan ringan dan kuih-muih tradisional yang dijual. Aku tak lepaskan peluang untuk mencuba makanan-makanan yang ada dijual kat sini.

Antaranya ini...

Ini ialah Saku Sai Moo atau tapioca dumpling. Kat dalam dumpling tu ada daging lembu cincang. Rasanya manis dan kalau makan dengan cili dan sos tu ada kombinasi rasa manis, pedas dan masam. Kebanyakkan makanan Thai memang ada kombinasi 3 rasa ni.

Dan yang kat bawah ni pulak ialah bihun salad Thai. Sebab tu ia ada banyak sayur-sayuran mentah.

Aku jugak ada cuba keledek kecik rebus ni. Manis sangat! I loike!

On the way, kitorang berhenti untuk 'brunch' kat hentian Trang. Tempat yang sama kitorang singgah masa on the way dari Hatyai ke Krabi hari tu.

Kali ni aku cuba mee sup dia.

Thai green noodle sup. Aroy!

Dan ini pula ialah Thai rice dumpling.

Ooooo sedapnya... Kenapa tekak aku selera jer dengan masak Thai ni???

Ayoh, pemandu kitorang sejak beberapa hari ni memang sporting giler. Walaupun kaki sakit sebab gout sejak sehari dua ni, dia tetap singgahkan kitorang kat Trang Andaman Gateway. Hari tu masa gi Krabi, lalu jer, tak singgah pun. Tapi nampaklah dari dalam mpv...

Kali ni Ayoh singgahkan sekejap. Bolehlah ambik gambar kenangan.

Setibanya di Hatyai, kitorang di bawa ke salah sebuah pasar di sini untuk menghabiskan sisa-sisa Bath yang masih ada.

Ada macam-macam makanan dan barangan yang ada dijual kat sini.

Haaaa.. ini kedai jual mangga dan pulut mangga.

Buah berangan pun ada banyak sangat dijual kat sini dan harganya sangat murah. 500 gm hanya 200 bath sahaja. Puas makan!

Di Hatyai Plaza pulak, aku tak lepaskan peluang untuk beli somtam meggi. Masa ke sini hari pertama hari tu, enche Neezam ada beli tapi tak puas makan. So, hari ni cuba makan puas-puas. Kat Malaysia tak der jual! Huhuhu...

Niesreena pun suka walaupun pedas.

Inilah somtam meggi.

Pukul 7 malam, kitorang bergerak ke imegresen Sadao. Tapi sebelum ke sana, Ayoh sempat bawak kitorang ke tempat ada panda ni. Dari kat Krabi pagi tadi Ayoh kata nak bawak kitorang ke sini untuk tangkap gambar.

Memang cantik tempat ni. Ada banyak sangat patung-patung panda yang berlampu. Niesreena dan Naufal suka sangat!

Enche Neezam dan Ayoh. Terima kasih, Ayoh!

Kitorang tiba di imegresen Sadao lebih kurang pukul 8 malam. Alhamdulillah... segala urusan dipermudahkan Allah swt. Tak der barang kena tax dan ada yang berjaya seludup beras. Hahhaha... Eh.. ye ke???

Lima hari di bumi Thailand merupakan satu kenangan terindah yang tak akan dapat dilupakan. Lima hari ini juga menukar persepsi aku pada penduduk dan suasana yang selama ni di luar gambaran aku. Seriously, memang seronok sangat pengembaraan kali ni. Dan seriously orang Thai memang pandai masak. Huhuhu...

Terima kasih Rushdi dan keluarga serta Ayoh yang sangat mesra, baik hati dan sporting melayan macam-macam kerenah kitorang. Bagi makan sedap-sedap dan tempat yang best-best. We will miss all of you for sure!

Syukur alhamdulillah... terima kasih Allah swt kerana merahmati perjalanan kitorang dan adik-adik USIM dalam berjuang berlajar dan berdakwah. Selamat pergi, balik dan ketika berada kat sana. Terima kasih atas pengalaman yang diberikan ini.

Insya Allah... ada rezeki, kita bertemu lagi.

Sa wad dee krab...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top