♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, January 20, 2016

:: Road trip to Krabi Day 4 ::

Island hopping & snorkeling time!

Satu lagi hari yang memenatkan dan menyeronokkan!

Hari ni plan ke Phi Phi Island untuk berenang, menikmati pemandangan dan snorkeling! Yay!

Pukul 7.30 pagi tadi Rushdi dah datang hantar makanan kat bilik. Lepas light breakfast, kitorang terus bertolak ke pantai Ao Nang untuk menaiki speed boat.

Kalau korang pernah tengok citer Tuan Anas Mikail, korang mesti recognize tempat ni. Kat sinilah tempat diorang berlakon masa diorang buat trip kat Krabi tu.

Kitorang naik private boat yang Rushdi sewa khas. Bestlah... kiter-kiter jer dalam boat, tak der orang luar. Lepas masing-masing telan ubat tahan muntah, kitorang pun bertolak!

Semakin jauh kitorang pergi, air laut semakin kebiru-biruan.

Cantik sangat!

Dalam perjalanan kitorang, kitorang boleh nampak sebuah pulau yang dikenali sebagai Chicken Island. Ini kerana bentuk pulau ni yang seakan-akan ayam.

Dan kemudian kitorang melalui sebuah pulau yang terdapat gua di dalamnya. Di dalam gua ni merupakan tempat sarang burung layang-layang. Pulau ni dikenali sebagai Bird Nest Island. Kata Rushdi, sarang burung layang-layang kat sini harganya sangat mahal dan hanya mampu dimakan oleh keluarga diraja sahaja.

Semakin mendekati Phi Phi Island, pemandangan semakin menakjubkan. Air laut pun semakin menghijau!

Subhanallah!

Subhanallah!

Subhanallah!

Cantik sangat!

Kitorang akhirnya mendarat di Maya Bay. Maya Bay ni antara salah satu pantai di Phi Phi Island. Ramai sangat pelancong kat sini.

Cantik sangat pantai dan pemandangannya yang berbukit-bukit.

Subhanallah!

Airnya sangat jernih dan kehijauan

Dekat kawasan tepi pantai pun boleh terjumpa ikan-ikan.

Setelah spent lebih kurang sejam kat sini, kitorang kemudiannya dibawa tak jauh dari Maya Bay untuk snorkeling pulak!

Memang rasa excited sangat. Ini pengalaman kali kedua aku dan yang buat aku excited sebab kali ni aku berpeluang bersnorkeling bersama enche Neezam, Niesreena dan Naufal. First time untuk Niesreena dan Naufal!

Aku memang yakin Niesreena dan Naufal akan cepat belajar dan cepat tangkap cara-cara untuk bersnorkeling dan tanggapan aku memang betul. Walaupun baru kali pertama, diorang tak kekok dan cepat sangat belajar sampaikan abang-abang dan kakak-kakak yang join tu ingatkan Niesreena dan Naufal dah biasa bersnorkeling.

Oh! No... no... this is their first experience...

Niesreena dan Naufal pandai bawa diri dan snorkeling sendiri. So, senanglah aku, tak der nak kena pegang jer diorang ke hapa kan... Aku pun enjoy sangat bersnorkeling.

Suhanallah... indahnya dasar laut...

Banyaknya ikan! Cantik-cantik! Berwarna-warni!

Paling menakjubkan bila tiba-tiba datang sekumpulan ikan berwarna hitam yang sangat banyak yang sedang mencari makanan di celah-celah batu karang. Banyak sangat dan berenang secara berkumpulan - datang dan berlalu pergi beramai-ramai. Huhuhu...

Banyak sangat ikan-ikan yang berenang-renang bersama-sama kitorang.

Kedalaman pada ketika kitorang bersnorkeling ini hanya 2 meter sahaja. So boleh nampak banyak batu-batu karang di dasar laut dan ikan-ikan lain di celah-celah batu.

Naufal dan Niesreena memang seronok dan enjoy sangat bersnorkeling!

Alhamdulillah... tak sia-sia bawak diorang.

https://www.facebook.com/Kneezieana/videos/10208581792081503/

https://www.facebook.com/Kneezieana/videos/10208581815722094/ Subhanallah! Pengalaman indah yang tak akan dapat dilupakan!

Syukur... terima kasih Allah!

Rushdi bagi masa kitorang kat sini lebih dari sejam. So, memang puas sangat!

Berenang sampai tekak rasa masin! Huhuhu...

Lepas tu, kitorang ke Phi Phi Island untuk makan tengahari, berehat dan berjalan-jalan sekitar pulau.

Kitorang sempat mencuba penkek Thai yang famous tu.

Actually, penkek dia macam roti canai jer. Then filling dengan pisang atau apa-apa yang kita nak dan atas dia pun diletakkan topping apa-apa yang kitorang nak. Bakar pun macam masak roti canai jer. Macam aku beli ni, dalam dia pisang dan topping dia nuttella.

Phi Phi Island ni sangat cantik dan mendamaikan.

Dulu masa company trip ke Phuket, kitorang dibawa ke another side of Phi Phi Island. Memang tak sampai sini. So, dapatlah pengalaman yang berbeza.

Lebih kurang pukul 5 petang baru kitorang bertolak balik dari Ao Nang beach ke resort. Penatnya... tuhan sahaja yang tahu. Tapi pengalaman yang diberikan olehNya, memang satu nikmat.

Syukur alhamdulillah...

Malamnya, kitorang dinner kat madrasah lagi. Seperti malam-malam sebelumnya, dinner kami memang istimewa. Lebih-lebih lagi bila disajikan dengan kerang super saiz ni.

Terkejut aku tengok. Kata Rushdi, kerang ni baru petang tadi diorang cari kat sungai berdekatan. Memang fresh sangat!

Malam ni malam terakhir, sedih pulak nak meninggalkan madrasah, ibu dan adik beradik Rushdi serta para pembantu dan pelajar kat madrasah tu. Walaupun berbeza bahasa dan budaya, layanan diorang sangat mesra dan sentiasa menyajikan makanan yang sangat enak.

Terima kasih sangat!

Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan... Insya Allah...

Malam ni, kami ke pantai Ao Nang lagi, untuk terakhir kalinya. Malam ni, enche Neezam pergi berurut lagi.

Aku tak larat dah nak jalan. Naufal pun dah nyenyak tidur. Jadi aku dan Naufal tidur dalam mpv ketika yang lain-lain menghabiskan 2 jam di sekitar pantai Ao Nang. Serious penat.... tak larat betul!

Balik ke resort, semua orang tidur dengan nyenyaknya sebab kepenatan yang amat sangat.

Penat tapi berbaloi dan seronok sangat. Niesreena dan Naufal pun excited dan minta kalau dapat bersnorkeling lagi. Insya Allah... kalau ada rezeki akan datang....

Thank you, Allah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top