♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 18, 2016

:: Road trip to Krabi Day 2 ::

Dari Hatyai ke Krabi

Hari kedua di bumi Thai...

hujan turun renyai-renyai pagi ni. Terasa nyaman sangat. Pukul 7 kitorang dah berkumpul dan mula bergerak ke Krabi.

Perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa lebih dari 5 jam. Kat sini kitorang melalui jalan macam jalan biasa di Malaysia. Tak der lebuhraya pun. Kitorang merentasi pekan-pekan kecil dan bukit-bukau dengan permandangan kampung.

Tiba-tiba dalam perjalanan kitorang terserempak dengan 2 ekor gajah dalam sebuah lori. Bertuahnya kitorang! Memang excited tengok gajah dalam lori atas jalan. Selalunya tengok gajah kat zoo jer! Huhuhu...

Ini gajah betul tau.

Nice shoot by enche Neezam... Hahahaha... Hello Mr. Elly!

Kitorang berhenti untuk breakfast di kawasan rehat di Trang.

Banyaknyer lauk! Tak tahu nak pilih yang mana sebab semua nampak sedap.

Ooooo... kalau korang nak tahu, kebiasaannya diorang kat sini breakfast akan makan nasi. Macam makan tengahari!

Kitorang sempat jugak cuba pisang bakar yang ada dijual kat sini. Pisang ni dipotong dan dibakar kemudian makan dengan kuah santan manis. Actually rasa dia lebih kurang macam pengat pisang jer. Cuma cara makan dia lain.

Kitorang tiba di Green Resort Krabi lebih kurang pukul 2 petang. Memang green sangat resort ni. Sesuai dengan namanya.

Alhamdulillah, resort yang selesa dan lengkap.

Lepas berehat sekejap, kitorang keluar lagi untuk lunch di madrasah milik keluarga Rushdi.

Kat sini kitorang disajikan masakan Thai ala kampung.

Ada khengsom dan kerabu mangga berkuah, nama thai dia aku tak ingat. First time cuba hidangan ni dan memang sedap!

Seterusnya adik-adik dari USIM meneruskan program kat madrasah ni. Manakala kitorang akan meneruskan program jalan-jalan sekitar Krabi. Hahahaha...

Penat sangat budak ni. Sepanjang berjalan Naufal tidur jer... Rugi betul!

Cuaca waktu ni panas sangat.

Kitorang berhenti de tepi sungai Krabi. Di tepi sungai ni terdapat sebuah statu ketam yang sangat besar.

Dan di belakang dataran ketam ni adalah sungai Krabi dimana boleh nampak dua buah bukit di kiri kanan sungai yang kelihatan seperti telinga anjing ni dikenali sebagai Khao Kanab Nam. Bukit batu ni antara destinasi yang terkenal kat Krabi ni.

Kitorang seterusnya dibawa ke

Krabi Coasral Fisheries R&D Center

Ada beberapa jenis ikan laut masin yang diternak kat sini.

Seronok tengok ikan-ikan kat sini. Ada beberapa jenis ikan pelbagai saiz. Ada yang comel dan ada jugak yang menakutkan.

Kitorang seterusnya dibawa ke Laem Pho. Kat sini merupakan kawasan pinggir pantai tapi tak boleh mandi kat sini. Permandangan kat sini, Subhanallah... cantik sangat.

Kat sini jugak ada kedai cenderamata yang memang jual tshirt sangat murah. Sebelum ni aku jumpa baju budak-budak sepasang 100 bath tapi kat sini boleh dapat sepasang 50 bath jer. Apa lagi... boronglah!

Sambil menikmati aiskrim kelapa dan air kelapa muda. Refreshing!

Walaupun kali ni bukan dalam tempurung kelapa tetapi ais krim dia tetap unik. Tetap ada macam-macam isi dan yang dalam kon pun ada pulut! Nyum nyum...

Tapi tarikan sebenar di Laem Pho ni sebenarnya ialah kawasan 'gastropod fossil' atau dalam bahasa Thainya สุสานหอย.

Kawasan ni merupakan 'kawasan perkuburan' kerang-kerang dan siput-siput yang terbentuk sejak dari 40 juta tahun yang dulu. Batu-batu yang flat tu semuanya merupakan cengkerang-cengkerang dan siput-siput yang tertanam.

Kata Rushdi, tak tahulah macam mana kerang-kerang dan siput-siput tu boleh berkumpul untuk mati beramai-ramai kat situ. Kata Rushdi lagi, dalam dunia ni ada 3 tempat jer yang ada fenomena macam ni iaitu di Krabi ni, di Jepun dan USA.

Kawasan yang kitorang pijak ni ialah kerang-kerang dan siput-siput yang tertanam sejak 40 juta tahun dahulu. Terjadi secara semula jadi dan bukan buatan manusia.

Subhanallah... indahnya ciptaan Allah...

Malam tu kami dibawa semula ke madrasah untuk menikmati juadah makan malam ala kampung air tangan emak Rushdi.

Ada banyak sangat lauk pauk yang dihidangkan, yang tak pernah kitorang jumpa kat kedai-kedai makanan Thai di Malaysia. Yang paling special ialah masakan ikan di bawah ni.

Kulit dia masih bersisik dan garing tetapi isi di dalamnya sangat juicy dan fresh! Bila tanya Rushdi macam mana buat masakan ni... Dia kata "mula-mula lumur dengan garam lepas tu saya tak tahu dah. Saya tahu makan jer..." Hahahaha... sabar jer lah budak ni.

Emak Rushdi tak pandai berbahasa Melayu walaupun suami dan anak-anaknya pandai berbahasa Melayu sebab kebanyakkan daripada adik beradik Rushdi sambung belajar di universiti di Malaysia. Tapi mak Rushdi faham dan fasih berbahasa arab.

Lepas menikmati juadah makan malam yang sangat superb, kami dibawa ke the famous Ao Nang beach! Banyak kedai-kedai di sepanjang jalan di pantai Ao Nang ni. Dan salah satu yang wajib cuba ialah massage!

Memang kena try urut diorang. Kalau tak try rugi hokay.

Last time masa gi Phuket dengan kengkawan, kitorang try jenis Thai massage. Memang menyesal giler sebab dia punyer urut memang hard core. Berbunyi-bunyi semua tulang-temulang. Lepas urut rasa tinggi sikit sebab dok kena tarik semua tulang urat belikat. Huhuhu...

Kali ni nak try oil massage. Oil massage ni lemah lembut jer. Boleh tidur terus.

Bebudak lain cuba foot massage.

Dan enche Neezam pun cuba oil massage tapi dapat milk massage plak. Lembutlah kulit enche Neezam...

Enche Neezam dan tukang urutnya.

Kat Ao Nang ni enche Neezam sempat jugak buat 2 pasang suit. Kat sini memang berbaloi buat suit sebab harganya berganda-ganda lebih murah kalau berbanding kat Malaysia.

Lepas urut selama satu jam, then jalan-jalan sekejap kat kedai-kedai kat Ao Nang ni, kitorang terus balik ke resort. Waktu untuk tidur dan berehat.

Esok, kitorang akan ke tempat yang lebih menarik. Nantikan post aku yang seterusnya yer...

No comments :

back to top