♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 4, 2016

Cabaran hari pertama persekolahan 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari pertama sekolah!

Hari ini akan jadi hari yang sangat sibuk dan memenatkan!

Semangat!

* * * * *

Masing-masing bersemangat waja!

Niesreena dan Naufal senang bangun dan bersiap. Mama pun ligat siapkan segala sarapan dan bekal dan bersiap-siap untuk menghantar Niesreena dan Naufal, hari pertama ke sekolah. Ayah, awal-awal pagi lagi dah keluar ke MRSM Kuala Klawang untuk memberikan ceramah kepada para pelajar kat sana. Alhamdulillah... rezeki awal tahun.

Sesampai kat sekolah dah ramai pelajar dan ibubapa. Semestinya ibubapa untuk pelajar darjah 1.

Pukul 7.30 pagi loceng berbunyi dan semua pelajar dikehendaki berkumpul di kawasan perhimpunan.

Alhamdulillah... cuaca pagi ni mendung jer. Tak lah panas sangat. Dari jauh, aku nampak Naufal dok beratur di antara kengkawan dia. Terdetik dalam hati, "Dah besar dah baby boy mama..."

Huhuhu... Terharu pulak...

Selesai jer perhimpunan. Naufal masuk kelas dan aku pun balik ke rumah.

Waktu rehat, aku pergi lagi ke sekolah Naufal. Masa sampai, aku tengok Naufal dan kengkawan dia tengah berpusing-pusing cari tempat makan.

Lega tengok Naufal ada kawan makan sama-sama masa rehat.

Hari ni, naufal mintak roti jer, sapu dengan butter dan gula. His favorite! Aku bawak mee goreng pun Naufal tak nak makan.

Lepas makan, Naufal kata nak gi toilet.

Alamak! Toilet

Ok! Ni memang masalah.

Ayah dia dah lah tak der ni. Takkanlah aku nak masuk toilet lelaki kot. Dan takkanlah Naufal nak masuk toilet perempuan? Lagipun aku tengok kat dalam toilet lelaki tu ramai ayah-ayah yang dok teman anak diorang masuk toilet.

Then aku tanya Naufal, boleh masuk sendiri tak? Naufal kata... OK! Then terus Naufal masuk toilet.

Aku tunggu kat luar. Berdebar jugak. Takut baju, seluar atau kasut basah.

Lepas beberapa minit, tengok Naufal kemas jer keluar dari bilik air. Aku tanya dia, "dah ke belum?". Naufal kata "Dah!".

Alhamdulillah... baju tak basah, seluar tak basah, kasut tak basah!

Yey! Berjaya!

Petang tu, pergi daftar Naufal sekolah agama pulak. Segak Naufal berbaju Melayu dan bersamping serta bersongkok.

Balik jer Niesreena dan Naufal dari sekolah petang tadi, puaslah repeat satu persatu daily rutin diorang. Lepas sekolah kena gi mana, kena naik apa, jumpa siapa, buat apa. Semua kena bagi tau.

Naufal, apa-apa hal, pergi cari kakak!

Niesreena pun tambah tanggungjawab jugak... Kena pandai jaga diri... Kena pandai jaga adik...

Mulai esok, Niesreena dan Naufal akan mula berdikari kat sekolah. Diorang excited. Mama yang nervous!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top