♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, December 31, 2015

My review... Dilwale 2015

Semalam dating dengan enche Neezam.

Gi tengok

Diwale

Aku memang minat giler dengan pasangan Shah Rukh Khan dan Kajol. Last time masa citer 'My Name is Khan' pun aku gi layan kat panggung wayang. Siap bawak Niesreena masa tu umur 3 tahun! Tu lah first time Niesreena tengok wayang. Memang Niesreena terkejut giler tengok TV besar! Hahahha...

Ok balik pada citer Dilwale.

Masa tahu ada citer baru SRK dan Kajol aku memang excited sikit lah. Tapi macam tak cadang nak tengok kat wayang. Mungkin nak tunggu kat Astro First ke kan. Tapi bila tengok video music Gerua, jadi macam tak sabar. Memang kena tengok kat wayang!

Seriously! Memang best giler!

Berbaloi-baloi gi tengok.

Tajuk citer Dilwale tapi tak der kena mengena atau kesinambungan langsung daripada cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge lakonan diorang dulu.

Genre Dilwale kali ni ialah romantik komedi dan aksi. Cerita ni mengenai permusuhan 2 kumpulan mafia then anak masing-masing bercinta plak, si Kaali (SRK) dan Meera (Kajol) ni lah tapi of courselah ditentang keluarga. Bunyi macam clishe, kan? Tapi cerita Dilwale ni tak sama macam cerita hidustan yang lain. Expect the unexpected!

Percintaan SRK dan Kajol dalam filem memang sangat-sangat menyentuh perasaan; ekspresi diorang memang nampak sangat diorang mencintai antara satu sama lain. Tak boleh bayangkan kat luar filem, diorang tak der perasaan cinta!

Walaupun kisah cinta ni melibatkan kumpulan mafia, ada tembak-tembak, lawan-lawan bagai, tapi aksi sumer menarik dan sebenarnya walau citer pasal mafia tapi lebih banyak lawak. Dalam tengah serius sedih kecewa pun ada selit lawak jugak. Johny Lever yang memang terkenal sebagai pak lawak dalam banyak cerita bollywood pun ada dalam filem ni dan dia memang lawak!

Tapi bahagian yang paling aku gelak tak boleh cover bila Shakti dan Anwar buat cerita pasal kisah cinta Ramlal dan Pogo pada adik Kaali iaitu Veer dan bila Veer dah tahu 'cerita lampau' abang dia, then Veer dan Sidhu nampak 'Ramlal' tengah nak mesin baju! Hahahhaha... kelakar giler. Kalau korang tak tengok lagi memang korang tak paham apa aku merepek ni. So, gi lah tengok!!!!

SRK nampak segak dengan jambang dan Kajol! OMG! Seriously cantik giler!

Lagu-lagu dalam Dilwale sumer best! Yang paling aku suka Gerua! Lagu best! Scene cantik. Kajol cun!

Seriously, kalau korang peminat cerita hidustan, aku memang 100% recommend citer ni. Gi lah tengok! This is the best Bollywood movie ever created!

Enche Neezam... jom second round!

No comments :

back to top