♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 20, 2015

Mama, Niesreena nak pet!

Niesreena memang suka nak membela binatang. Dari dulu request nak membela kucing atau arnab. Aku je tak kasi sebab aku memang tak pandai bela pet. Tapi aku pun suka kucing!

Lagipun Niesreena tak boleh main dengan sebarang kucing. Kadang-kadang lepas main dengan kucing, muka Niesreena akan bengkak, merah-merah dan gatal-gatal satu badan.

Tapi alhamdulillah dengan si Lexie ni, elok pulak tak der naik gatal-gatal ke hapa. Serasi kot...

Dah sebulan Niesreena duduk kat rumah mak tok dan ayah tok sepanjang cuti sekolah ni. Makin manja pulak Lexie dengan Niesreena. Dulu kalau Niesreena nak dokong mesti Lexie marah. Sekarang ni Lexie redhoooooo je lah.

Tuan Lexie sekarang kat Kazakhstan. Insya Allah Krismas ni baliklah dia. Mesti Lexie rindu giler. Huhuhuhu...

Oklah... sekian cerita pasal kucing. Huhuhu...

Dan Niesreena, sorry. Mama tak dapat nak benarkan Reena bela kucing buat masa ni. Main je lah dengan kucing maksu ni yer...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top