♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 11, 2015

Kisah cinta kami, sedekad bersama

Alhamdulillah... 11 December 2015 genap 10 tahun usia perkahwinan kitorang.

11 December memang tarikh keramat buat kitorang.

11 December 2001 kitorang couple, 11 December 2004 kitorang tunang dan 11 December 2005 kitorang nikah.

~ Cover kad kahwin kitorang dulu ~

Nak citer kisah cinta, aci tak? Hehehhee...

Actually aku kenal enche Neezam tahun 2000 kat UTM. Masa tu aku menetap di Kolej Tun Fatimah dan enche Neezam di Kolej Siswa Desa Skudai. KTF ni semua penghuninya siswi dan KSDS penghuninya semua siswa.

Tahun 2000 giliran KTF dan KSDS bergabung untuk menjadi tuan rumah atau penganjur bagi acara Sukan Antara Kolej (SUKAM) UTM. Masa tu, best friend dan jugak roomate aku, Malin ajak aku join dia jadi AJK Sukam. Then aku on ajer lah.

Aku ingat lagi, masa aku balik awal dari cuti semester, masuk bilik, Malin dah sampai tapi dia tak der kat bilik. Kat atas meja study Malin aku nampak sekeping gambar. Gambar Malin dengan sorang lelaki, aku tak kenal lelaki tu dan yang pastinya dia bukan budak course kitorang. Diorang bergambar berdua, lelaki tu berdiri atas batu tepi jalan, sebelah Malin tapi tetap tak sama tinggi dengan Malin. Hahhahaha... Sebab Malin memang tinggi giler. So, no wonderlah.

Malin, ada lagi tak gambar tu?

But honestly, first time aku tengok gambar lelaki tu, dalam hati macam ada rasa something. Hahahhaa... Kuch kuch hota hai sangat kan? Tapi betul! Seriously! Memang ada rasa something...

Then aku tak ingat bila pertama kali aku jumpa enche Neezam. Tapi kitorang jumpa memang masa sama-sama jadi AJK Sukam. Selalu sama-sama meeting, buat kerja sama-sama, hinggalah gi minum, hinggalah merayap ke JB dan Kulai sama-sama dengan Malin sekali.

Hubungan kitorang bertiga semakin rapat dan selalu bersama-sama sehingga berakhirnya SUKAM.

Aku suka berkawan dengan enche Neezam sebab dia kelakar dan menghiburkan. Dia jugak seorang kawan yang baik dan sentiasa mengambil berat.

Rasa seronok jer bila dengan enche Neezam.

Masa tu aku anggap dia sebagai kawan baik jer. Memang tak der rasa cintan cintun bagai. Enche Neezam pun selalu cerita kat kitorang pasal perempuan 'minyak' yang dia minat dan perempuan 'minyak' tu pun macam minat kat dia. Tapi sayangnya perempuan tu materialistik. Dia minat lelaki berkereta kancil. Huhuhu... Siaaaaaaaan enche Neezam. Mentang-mentanglah enche Neezam pakai kapcai buruk jer. Huhuhu...

Untuk mengubati hati enche Neezam yang lara, aku dan Malin siap carikan awek lagi untuk dia, tapi semua tak jalan. Actually, aku dah mula rasa 'suka' kat enche Neezam tapi mestilah malu nak cakapkan. Dan enche Neezam pun sebenarnya dah lamaaaaaaa 'suka' kat aku tapi tu lah... masing-masing tak nak cakap.

Hinggalah masuk semester yang seterusnya, semester aku kena praktikal kat KL. Masa tu mula rasa macam rindu sangat kat enche Neezam. Ingatkan aku sorang jer rasa macam tu, tapi rupanya enche Neezam pun sama. Tapi masing-masing tak cuba luahkan pun walaupun macam dah nampak bibit-bibitnya tu. Chewah!

Tiap-tiap malam enche Neezam jadi penunggu kat pondok talifon, call aku borak-borak; borak-borak macam best friend borak-borak.

Malam 11 December 2001, aku kat KL, enche Neezam call dari Skudai macam biasa, tapi malam tu lain macam sikit. Tetiba je enche Neezam tanya soalan yang aku tunggu-tunggu tapi ala-ala segan nak jawab. Hhahahahaha... gatai! So, 11 December kitorang declared couple.

Sebelum bertunang, banyak dugaan yang kitorang harungi. Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani dan berakhir dengan baik dan kitorang bertunang pada 11 December 2004.

Dulu masa bertunang, janji ikat 2 tahun, tapi alhamdulillah, rezeki dan jodoh Allah tetapkan cepat setahun. Masa tu pun enche Neezam dan aku masing-masing dah kerja tetap. So, beranilah nak mendirikan rumah tangga bila dah ada sumber pendapatan tetap. Sebelum bertunang pun enche Neezam dah mula bertugas kat KUIM, yang sekarang ni dah jadi USIM.

11 December 2005, kitorang nikah.

Alhamdulillah, hari ni dah sedekad perkahwinan kami dah 15 tahun perkenalan kitorang.

Dari best friend sekarang dia suami aku, ayah kepada anak-anak kitorang; Khairunniesreena dan Khairunnaufal.

Dari berdua sekarang kitorang dah berempat.

Dari kapcai buruk beroda dua sekarang kitorang mampu pakai kenderaan beroda empat

Dari duduk menyewa, sekarang kitorang dah ada rumah sendiri.

Kalau dulu makan Mc D beli satu meal kongsi berdua, sekarang kitorang... dah tak makan Mc D tapi mampu beli KFC sorang sebucket! Huhuhu...

Alhamdulillah...

Dan yang penting, enche Neezam semakin hensem sekarang... huhuhu... Maklumlah... bini yang jaga.

Perjalanan perkahwinan ini bukan mudah. 10 tahun yang penuh dengan kebahagiaan, kesedihan, suka, duka dan lara. Cinta, kasih dan sayang jadi penguat semangat kitorang.

Bersyukur sangat dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan. Semoga rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan ini semakin mekar dan kukuh untuk berdekad-dekad lagi.

Terima kasih atas 10 tahun yang begitu bermakna ni yer enche Neezam.

I love you sooooo much!

Cerita cinta ni, aku harap nanti Niesreena dan Naufal akan baca. Biar diorang ingat, kisah cinta mama dan ayah diorang.

ღ(^-^)ღ

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top