♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, December 19, 2015

Balik kampung dengan KTM

Bila enche Neezam kata "Balik kampung naik KTM nak?"

I was like... seriously?!

Tapi memang excitedlah. Dah lama giler tak naik keretapi kot. Lagipun kitorang berdua jer. Niesreena dan Naufal dah kat kampung. So, tak banyaklah barang nak bawak. Just backpacking jer.

So, malam tadi, dari Nilai naik komuter ke Seremban. Naik komuter pun dah jakun. Huhuhu... Cantik coach komuter sekarang. Bersih dan selesa. Yelah... naik malam kan... memanglah selesa sebab tak der orang.

Sampai Seremban kena tunggu lebih sejam untuk keretapi Senandung Sutera. Tepat jam 11.45 malam keretapi pun sampai. Selesalah... tempat duduk luas. Cuma aku susah nak tidur sebab lampu terang. Macam nak cari suis jer tutup lampu. Huhuhuu...

Oh ya... kat dalam keretapi dapat air mineral dan kek pisang. Tak tau plak akan dapat kudapan

Aku cakap dengan enche Neezam, aku tak nak tidur, aku takut terlepas stesen Segamat kang bangun-bangun sampai ke Singapore plak. Huh! Naif sungguh! Mesti enche Neezam rasa nak tunjal jer kepala hotak aku. Huhuu... Enche Neezam kata, kalau kita tidur, dah sampai nanti ada orang kejut.

Eh? Manalah aku tahu... huhuhu...

Dalam kata tak nak tidur, tak boleh nak tidur, tapi lama-lama aku terlelap jugak. Enche Neezam yang kejut aku bila dah dekat nak sampai stesen Segamat. Sekejap jer rasa.

Sampai kat stesen, Niesreena dan Naufal dah menunggu bersama-sama dengan ayah tok dan mak tok.

Rindunya kat Niesreena dan Naufal!

Sepanjang cuti sekolah ni Niesreena dan Naufal tinggal dengan ayah tok dan mak tok kat kampung. Memang tiap-tiap tahun macam tu. Diorang suka balik kampung. Lebih-lebih lagi sekarang ayah tok dah pencen. Ayah tok selalu masak sedap-sedap! Naufal pun makan banyak. Hehehehe... Petang-petang, ayah tok ajar mengaji. Alhamdulillah...

Kadang-kadang ayah tok dan mak tok bawak Niesreena dan Naufal jalan-jalan dok hotel. Excitedlah diorang!

Dua minggu lagi!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top