♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, November 25, 2015

Jom pekena 'Bihun Goreng Kuah Manis' hanya di Simpang Empat Perglih

Nak balik dah... Dah 5 hari kat Perlis. Rasa sekejap jer.

Pagi ni sebelum bertolak balik ke selatan, kitorang pergi pekena Bihun Goreng Kuah Manis yang luar biasa kat Simpang Empat, Perlis ni. Kawan kitorang, Dr Isa & Dr Su kata, dah sampai kat sini, mesti kena try!

So, hari ni enche Neezam try!

Bihun goreng kuah manis ni ialah bihun goreng dengan sup. Tapi yang extra specialnya ialah bihun goreng ni ada banyak sangat daging dan perut lembu, then ada sup dan sambal manis. Tak boleh kat mana-mana tau! Kat sini ajer!

Nak tau apa komen enche Neezam?

Jom tengok!

Campurkan semuanya dan makan!

Amacam? Nampak sedapkan? Memang sedap!

Niesreena pekena favorite dialah... mestilah laksa!

Memang sedap! Kuah pekat sangat, rasa memang menyengat dan yang best telurnya sebijik weh!

Dan aku...

bihun sup!

Bihun sup Perlis memang sedap! Daging memang generous sangat! Siap ada perut! Pastu diorang tak makan dengan sambal kicap, tapi dengan sambal merah.

Tinggalkan Perlis dengan perut yang sangat kenyang. Alhamdulillah... Insya Allah, ada rezeki kitorang akan ke sini lagi.

Seriously, aku memang jakun bila tengok pemandangan indah kat Perlis. Lima hari kat sini, memang best! Lebih-lebih lagi bila berkesempatan makan pekasam ikan puyu ayer tangan ibunda Dr Su yang memang sangat perrrrrgggghhhhh!!! Sedap giler! Makan bersila di tepi bendang dengan angin sepoi-sepoi bahasa... kenangan terindah!

Alhamdulillah... cuaca sepanjang perjalanan balik pun cantik sangat!

Terima kasih ya Allah atas kesempatan dan rezeki yang diberikan.

Alhamdulillah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top