♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 7, 2015

Ihtifal Naufal 2015

Hari ni hari Ihtifal Little Caliphs 2015 di Nilai. Naufal berkonvokesyen hari ni.

Maka tamatlah 3 tahun persekolah prasekolah Naufal.

Dua tahun pertama yang lepas, Naufal bersekolah di Miftahul Ulum. Tahun ni di Little Caliph. Alhamdulillah... banyak Naufal belajar dalam masa 3 tahun ni.

Dalam majlis hari ni, Naufal terpilih dalam acara pembukaan, bacaan ayat suci al-Quran, surah Al-Wakiah ayat 21-25.

Bangga mama dan ayah tengok Naufal membacakan ayat suci al-Quran dengan lancar kat atas pentas.

Pada majlis tu jugak, Naufal buat persembahan coral speaking. Naufal tak bagi tahu pun dia terlibat dalam persembahan. Tetiba jer ada atas pentas. Huhuhu...

Ada banyak lagi persembahan lain daripada anak-anak Little Caliphs. Aku rasa bangga sangat dengan diorang, sebab diorang boleh hafal setiap persembahan. Terutamanya coral speaking yang lebih 10 minit!

Masa yang ditunggu-tunggu, tentulah masa penyampaian sijil.

Comel tengok Naufal atas pentas. Dah besar dah baby boy mama. Terharu pulak rasanya.

Huhuhu...

Naufal,
Mama dan ayah doakan Naufal menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihat dan bijak.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru-guru yang telah banyak mengajar Naufal selama 3 tahun ni. Terima kasih sangat! Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik guru-guru.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top