♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, November 24, 2015

Final Day @ Langkawi | Sky Cab & Sky Bridge

Hari terakhir di Langkawi. Petang ni kitorang akan bertolak balik ke Perlis.

Plan hari ni, aku nak bawak Niesreena dan Naufal gi naik Gunung Mat Chincang. Yup! Kami bertiga jer hari ni. Enche Neezam masih bertungkus lumus memerah otak untuk conference. Sian enche Neezam.

Dari Kuah, aku dan anak-anak naik teksi ke Langkawi Sky Cab. Teksi pergi balik RM80. Siap uncle tu gi tolong belikan tiket untuk naik cable car. So, tak perlulah beratur panjang-panjang sebab ada kaunter khas untuk pemandu teksi belikan tiket. Sekejap jer dah dapat. Harga tiket RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

Lepas beli tiket, kita akan diberi masa untuk masuk. Kitorang pukul 12.15 tengahari baru boleh masuk. Ada sejam lagi nak tunggu. So, bolehlah pusing-pusing dulu kat bawah ni. Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini sementara tunggu waktu boleh naik atas.

Kat sini ada 3D Art Museum, 6D cinema dan banyak lagi. And of course, semuanya bukan free!

Niesreena dan Naufal ambil kesempatan main flying fox; RM10 / person / 3x ride.

Berani pulak bebudak ni.

Alhamdulillah... actually, tak ramai sangat orang kat sini kalau nak banding aku datang masa cuti merdeka yang lepas dengan kengkawan office.

Belum pukul 12 lagi tapi aku dah dengar annoucement untuk pemegang tiket 12.15 masuk. Uit! Cepat pulak. Mungkin sebab tak berapa ramai orang lah!

So, beratur pun tak lama sangat dan kat sky dome pun tengok movie sekejap jer.

Niesreena dan Naufal memang excited sangat dapat naik gondola. Nasib baik tak gayat macam ayah diorang. Hehhehehee....

Dari base station, kitorang tak nampak top station kat atas sebab diselubungi awan. Niesreena dan Naufal excitedlah sebab aku kata kite nak masuk dalam awan. Hehehehe...

Masa gondola melalui middle station, aku dan little Khairuns decide untuk tak turun sebab malas nak beratur balik. So, kitorang terus ke top station.

Aku jugak berkesempatan bawak Niesreena dan Naufal ke Sky Bridge. Dari top station ke sky bridge kena jalan ala jungle tracking turun naik dalam masa 10 minit. Memula tu aku takut jugak diorang pancit tengah jalan. Mampus kalau diorang suruh aku dokong. Tapi tawakal jer lah. Doa-doalah Allah akan tolong kitorang. Alhamdulillah... sampai ke sky bridge pun masih bersemangat lagi!

Seram jugaklah kat jambatan ni. Tapi pada masa yang sama rasa bersyukur sangat dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah swt. Subhanallah!

Niesreena dan Naufal pun betul-betul menikmati setiap saat kat sini. Sian ayah... ayah jer tak pernah sampai lagi ke sini. Insya Allah... ada rezeki nanti kita datang lagi dengan enche Neezam yer...

Penat giler!

Alhamdulillah... nasib baik dah booking teksi awal-awal. Pakcik teksi tu pun dah siap tunggu kitorang. Naik jer teksi, Niesreena dan Naufal terus 'pengsan'! Penat sangatlah tu!

Aku mintak pakcik teksi tu hantar aku ke Haji Ismail Group di Kuah. Wajib pergi kalau dah sampai Langkawi! Niesreena dan Naufal menggila tengok coklat yang banyak. Mama dia pun sama... Hahahahaha... Sampai lupa nak tangkap gambar kat sini. Punyerlah sakan shopping! Enche Neezam datang jemput kitorang kat sini dan tolong bayar sekali segala barang-barang yang diborong. Huhuhu... Alhamdulillah....

Petang tu, kitorang bertolak balik ke Kuala Perlis dengan menaiki feri jam 7 malam. Kitorang akan bermalam semalam lagi di Kuala Perlis, sebelum bertolak balik ke Nilai esok.

Kenangan yang indah di Langkawi. Hari-hari yang panjang, penuh dan menyeronokkan. Alhamdulillah... Allah swt memakbulkan doa dan hajat aku untuk bawak Niesreena dan Naufal jejalan kat Langkawi. Dan alhamdulillah... enche Neezam pun success untuk conference yang dihadirinya.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang wajib dilawati di langkawi. Antaranya melawat makan Mahsuri, air terjun telaga tujuh, Pantai Chenang, kilang gamat, makan laksa kat tepi laut dekat airport dan banyak lagi tempat-tempat bersejarah sekitar Langkawi ni. Tapi masa memang tak cukup. Tak perlah... Ada lah alasan nak datang Langkawi lagi... kan?

#alhamdulillah #thankyouAllah

No comments :

back to top