♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 14, 2015

Day 3 @ Kuantan | Ke Masjid Negeri & Kotasas

Pagi ni kitorang tak plan kemana-mana. Penat berjalan malam tadi masih ada. Huhuu...

Tengahari, kononnya nak cari tempat makan best dengan enche Neezam. Orang kata kat Stadium Darul Makmur tu ada banyak tempat makan best. Tapi bila kitorang pergi, tengok ada banyak kedai kereta jer. Ada lah sebuah kedai makan terselit kat situ, so, kitorang singgah makan kat situ jer.

Lepas hantar enche Neezam balik ke hotel, sebab enche Neezam ada kerja, then aku niat nak pusing-pusing bandar Kuantan. Sempatlah kitorang singgah ke Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 yang tersergam indah ni!

Cantikkan... Alhamdulillah... sempat solat kat sini.

Then, kitorang ke Kota Sultan Ahmad Shah @ Kotasas, jumpa dengan kawan lama. Ya Allah! Dah lama sangat tak jumpa Fiza dan Dr Hamzah sekeluarga. Last sekali masa kat Melbourne.

Memang seronok sangat berborak sampai berjam-jam! Mengimbas kembali kenangan lama masa kat Melbourne. Dulu masa first time jumpa diorang suami isteri masa first day diorang jejak ke bumi Australia. Diorang berdua jer masa tu, sekarang diorang dah dikurniakan 3 orang cahaya mata; Hakim sebaya Naufal sama-sama lahir kat Melbourne dan Amin dan Fatimah Zahra lahir kat UK. Comel sangat!

Insya Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top