♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 13, 2015

Day 2 @ Kuantan | Bukit Gambang Night Safari Park

Memandang ayah Khairuns akan sibuk bekerja sepanjang hari ni, so aku dan little Khairuns kenalah pandai-pandai bawak diri sendiri yer... Ni lah adat ikut orang bekerja. Huhuhu...

Hari ni aku plan nak bawak Niesreena dan Naufal ke Bukit Gambang. Memula ingat nak ke waterpark siang tu dan malam ke Night Safari. Tapi memandangkan aku sorang nak jaga bebudak yang suka main ni... hmmmm... next time jer lah ke waterpark. Tunggu ayah ada, baru best! So, kiter ke Night Safari jer.

Actually, last year company pernah buat trip ke sini. So, kali ni nak bawak Niesreena dan Naufal pulak. Alang-alang dah sampai Kuantan ni kan.

So, pagi tu, Niesreena dan Naufal habiskan masa di pool. Then berehat sekejap dan lepas asar, baru kitorang gerak ke Bukit Gambang. Dari bandar Kuantan ke Bukit Gambang ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. Nasib baik ada waze, tak der lah sesat-sesat. Sampai kat Bukit Gambang Safari Park tepat-tepat pukul 5 petang.

Fees untuk masuk ke Safari Park ni ialah RM48 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak. Make sure korang bawak MyCard sebab diorang memang akan mintak ketika membeli tiket.

So, aktiviti yang boleh kiter join kat sini ialah...

So, masuk jer kena jalan sehingga Simba Hill Plaza then naik tram yang diorang sediakan untuk ke Wild Savanah. Ingatkan free, rupanya kena bayar sehengget sorang.

Niesreena dan Naufal excitedlah nak naik lori rupa harimau bintang.

Sebelum sampai ke Wild Savanah kena jalan lagi beberapa meter sebelum naik tram lain.

Kali ni kitorang naik tram kuda belang pulak. Naufal memang excited sangat!

Pusing-pusing naik tram ni memakan masa lebih kurang 30 minit untuk tengok lebih kurang 30 jenis haiwan kat sini. Tapi aku tak terkira pulak, betul ke jumpa 30 jenis haiwan kat sini.

Badak berendam.

Burung unta ni datang straight kat kitorang. Mesra sungguh!

Harimau malaya!

Lepas kat Wild Savanah, kitorang berjalan pulak ke Night Jungle dan Jungle Walk.

Penat jugak berjalan.

Ini pulak petting area. Kat sini kita boleh sentuh dan bagi haiwan-haiwan ni makan.

Ni kat Jungle Square.

Ada banyak binatang kecik-kecik kat dalam kandang kaca.

Dan kat Jungle Walk.

Keistimewaan Safari Gambang ni ialah sebab ada White Lions.

Penat bebudak ni berjalan.

Malam tu kitorang tunggu persebahan African Yabara Fire. Niesreena dan Naufal memang teruja sangat tengok abang-abang tu main api. Banyak kali gak aku cakap dengan Naufal, jangan try buat macam tu tau. Orang besar dan ada kemahiran je boleh. Budak-budak tak boleh. Takut gak tetiba datang sikap nak mencuba dia kang... tak pasal!!! Naufal tu curiosity dia tinggi!

Dan akhir sekali kitorang tengok the Tarzan Adventure.

Lepas persembahan, kitorang ambil kesempatan bergambar dengan barisan pelakon.

Habis jer persembahan, kitorang terus balik ke hotel.

Niesreena dan Naufal dah tidur dalam kereta. Masing-masing dah penat.

So, overall review, Bukit Gambang Night Safari Park ni aku rasa so-so je la. Niesreena kata tak jumpa zirafah pun. Gajah pun dapat tengok jauh dan kecil jer. Next time, mama ayah bawak gi Zoo Negara pulak yer... Zoo Melaka pun best!

Tapi aku rasa puas hati sebab Niesreena dan Naufal dapat tengok benda baru hari ni. Tengok haiwan yang diorang tak pernah nampak betul-betul depan mata. Nampak diorang teruja dah cukup membuatkan aku rasa berbaloi.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top