♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 22, 2015

Day 1 @ Langkawi | Chalet di belakang burung Helang Kawi gergasi!

Alhamdulillah... Tahun ni diberi kesempatan lagi ke Langkawi. Bulan Ogos yang lepas aku ke sini dengan kawan-kawan sepejabat; company trip. Kali ni, dengan cinta-cinta hati beta pulak. Alhamdulillah...

Kalau ari tu, aku dan kawan-kawan ke Langkawi dengan kapal terbang, kali ni, aku dan enche Neezam memilih untuk ke Langkawi dengan menaiki feri. Sajer jer nak bagi Niesreena dan Naufal rasa teruja naik feri. Eheemmm... actually, mama diorang pun sama. Huhuhu...

Sama-sama dengan kitorang ialah best friend enche Neezam; Isa, Su dan anak-anak diorang. Konvoi sejak dari Nilai hari tu. Niesreena dan Naufal seronok berjalan kali ni sebab ada kawan.

Kami bertolak dari jeti Kuala Perlis.

Perjalanan menaiki feri dari jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah, Langkawi hanya memakan masa lebih kurang sejam je.

Sebelum check-in kat resort, kitorang lunch dulu kat KFC jeti ni. Actually ada banyak kedai makan lain kat sini, food court pun ada. Besar dan selesa. Berbeza sangat masa aku datang honeymoon dengan enche Neezam 10 tahun dahulu!

Tempat penginapan kitorang betul-betul belakang jeti Kuah. Dari resort boleh nampak statue helang kawi yang besar giler kat Dataran Lang tu!

Nampak tak helang?

Selama 3 hari, 2 malam ni kitorang akan menetap di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, milik Jabatan Penjara Malaysia. Cantik tempat ni... bukan penjara tau!

Bilik dia besar giler!

First day kat sini, kitorang tak kemana-mana pun. Cuaca pun hujan. So, kitorang berehat kat bilik jer. Petang tu baru berkesempatan bawak Niesreena dan Naufal mandi pool. Biasalah... pool ni tempat favorite kitorang. Ni jugak masanya untuk Niesreena dan Naufal tingkatkan teknik berenang diorang sambil seronok-seronok main air.

Bukan bebudak jer seronok mandi pool.... mak bapak budak pun sama naik! Huhuhu...

Alhamdulillah... Naufal dah boleh berenang sepenuhnya. Niesreena pun sama! Cuma confidence level jer nak kena improve lagi. Niesreena cepat panik. Insya Allah... rasanya dalam masa beberapa bulan ni Niesreena boleh berenang dengan baik lagi.

Hmmmm... Naufal... dia jumpa skill baru! Mulanya sebab cermin mata aku terjatuh dalam pool. Naufal boleh menyelam untuk tolong carikan cermin mata. Serius kagum! Aku pun tak boleh buat macam tu. Huhuhuhu...

Sekarang ni Niesreena dan Naufal dah boleh berenang. Tak pernah hantar pergi kelas renang pun tapi sebab selalu bawak gi pool. Dan akhirnya diorang dapat belajar sendiri. Hhhmmmmm... rasanya... its time for me to learn also lah kan? Tapi... water confidence aku pun very low!

Huhuhuhu...

Acaner???

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top