♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, November 2, 2015

Anugerah, lucky draw dan hadiah!

Alhamdulillah... kali ni enche Neezam terima lagi Anugerah Pengajar Cemerlang (Akademik) pada malam Majlis Anugerah Kecemerlangan FKP tahun ni.

Alhamdulillah... Tahniah enche Neezam!

Tahun lepas pun enche Neezam dapat anugerah yang sama. Cemerlang sungguh! Apapun enche Neezam bersyukur sangat dapat anugerah ni tapi tahun depan enche Neezam kata dia target anugerah yang lain jugak. So, kena usaha lebih lagi yer...

Selain tu, pada majlis yang sama, enche Neezam dapat jugak lucky draw!

Wow! Wee!

Bolehlah enche Neezam guna untuk masak buat kitorang nanti. Hehehhehe...

Dan... bermodalkan kain batik aku, baju jawa dan blangkorn yang enche Neezam beli kat Surabaya awal tahun hari tu dan capal dari Mydin, enche Neezam menang lagi kategori pakaian terbaik dalam majlis tu. Tahun lepas pun menang jugak sebab pakai hanbok! Jejaka Korea gitu... kali ni jadi Wak Jowo plak. Hehehhe...

Niesreena dan Naufal sukalah dapat hamper!

Tahniahlah enche Neezam... Semoga sentiasa bertuah dan dimurahkan rezeki!

Alhamdulillah... Terima kasih atas rezeki yang Allah bagi...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top